• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Komuniti Pantau Projek Elak Kerja Kurang Bermutu

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BETONG – Pemimpin komuniti kini boleh memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan kerajaan di kawasan mereka bagi mengelak kerja kurang bermutu, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata pemimpin komuniti boleh mendapatkan Senarai Kuantiti (BQ) yang disertakan dengan setiap projek dan memastikan pelaksanaan projek itu mematuhi semua spesifikasi bertujuan mengelak kerja kurang bermutu yang boleh menjadi punca rungutan yang tidak adil terhadap kerajaan.

Uggah bercakap kepada pemberita di sini malam tadi selepas menutup perlumbaan basikal bukit yang dianjurkan bersempena Karnival Ulu Paku, di perkarangan Rumah Francis Langgau di Ulu Penom.

Turut hadir Anggota Parlimen Betong Robert Lawson Chuat, ADUN Layar Gerald Rentap, Penasihat Sains kepada kerajaan negeri, Tan Sri Alfred Jabu, dan Residen Betong Friday Belik.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, berkata pemimpin komuniti boleh melaporkan kepada pejabat daerah atau wakil rakyat mereka tentang mana-mana kontraktor yang didapati tidak mematuhi spesifikasi.

“Kami mahu ketelusan dalam pelaksanaan semua projek transformasi luar bandar, dan oleh itu, kami mahu memperkasakan pemimpin komuniti dalam pelaksanaannya,” katanya.

Uggah berkata Betong dipercayai merupakan kawasan pertama di negeri ini yang membenarkan pemantauan dan pemerkasaan oleh pemimpin komuniti.

Mengenai Karnival Ulu Paku, beliau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu penduduk luar bandar mempunyai sumber pendapatan tambahan bagi membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup, justeru, kerajaan negeri menggalakkan dan menyokong festival komuniti di peringkat daerah serta sub daerah.

“Penduduk luar bandar kita adalah peladang getah, kelapa sawit dan lada, tetapi dengan adanya festival ini, mereka boleh menggunakan peluang perniagaan dengan menjual produk makanan, barangan kraf atau menawarkan pakej inap desa,” katanya, dan menambah, festival seperti itu juga membolehkan penduduk luar bandar memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian.

Pada majlis itu, Uggah mengedarkan geran transformasi luar bandar kerajaan berjumlah RM6.5 juta bagi 44 projek kepada pemimpin komuniti, sekolah dan persatuan tempatan.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan basikal bukit yang disertai 67 penunggang, termasuk seorang dari Sabah, seorang dari Australia dan tiga pelumba kebangsaan daripada pasukan PDRM serta Terengganu. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Douglas Uggah Embaspemimpin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

21/12/2022
1

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti ketika berlaku bencana banjir. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya,...

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

23/11/2022
0

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd