• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemergian Peter Velappan Satu Kehilangan Besar – Legenda Bola Sepak

oleh
22/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Beberapa legenda bola sepak kebangsaan melahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan pada Sabtu lepas.

Bekas pemain kebangsaan dan pertahanan Selangor, Datuk Santokh Singh yang memberi penghormatan kepada mendiang berkata ia adalah satu kehilangan besar kepada arena bola sepak tempatan.

“Kehilangan besar kepada dunia bola sepak dan juga arena bola sepak Malaysia kerana beliau adalah seorang yang sangat baik yang benar-benar tahu tentang bola sepak,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir di kediaman Velappan di Petaling Jaya, hari ini.

Rakan Santokh yang juga bekas pemain Selangor, Datuk Soh Chin Aun turut berkongsi pandangan sama dan menikmati setiap detik di bawah kepimpinan mendiang sebagai pengurus skuad kebangsaan dan membimbing skuad itu sehingga layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

“Saya mengenali dia sejak kecil apabila saya bermain dalam Piala Burnley. Apabila saya menyertai pasukan kebangsaan untuk kali pertama, saya lebih mengenalinya dan sehingga hari ini, kami masih berkawan baik.

Beliau telah banyak berjasa kepada bola sepak bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Apabila Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 di Jerman beliau menjadi pengurus pasukan dan saya rasa itu adalah detik yang paling manis,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K.Rajagobal berkata Vellapan telah membawa begitu banyak kesan positif dalam arena bola sepak kebangsaan melalui idea-idea unik.

Beliau juga berkata bahawa mendiang adalah seorang yang mesra dan mudah untuk didekati.

“Beliau telah memberi sumbangan besar kepada bola sepak dan semua orang mengiktiraf ketekunan dan semangat beliau. Ia adalah satu kehilangan besar dan saya fikir kita harus berbangga dengan apa yang beliau telah lakukan.

Beliau membawa begitu banyak idea terutama memandangkan mendiang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak.

Velappan yang berusia 83 tahun meninggalkan seorang isteri, Datin Pavalam dan dua orang anak perempuan.

Berasal dari Siliau, Negeri Sembilan, bekas guru itu berkhidmat sebagai setiausaha agung AFC dari 1978 hingga 2007.

Beliau memainkan peranan penting mendapatkan hak untuk Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2002, kali pertama acara sukan ulung dunia itu diadakan di Asia.

Beliau adalah nsetiausaha agungh AFC yang paling lama menyandang jawatan itu dengan berkhidmat di bawah tiga presiden – Tan Sri Hamzah Abu Samah (1978-1994) dan Sultan Ahmad Shah (1994-2002), kedua-duanya dari Malaysia, dan Mohamad Hamman dari Qatar.

Walaupun setelah bersara daripada AFC pada 2007, beliau masih aktif dalam dunia bola sepak khususnya melalui Vision Asia untuk mempopularkan sukan itu di peringkat akar umbi di seluruh Asia. – BERNAMA

Tags: Datuk Peter Velappan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dinamik Perlu Terajui FAM – Velappan

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mestilah diterajui oleh individu dinamik yang mempunyai pengetahuan dan kepimpinan meluas dalam...

FAM Perlu Perubahan Positif Menerusi Pimpinan Baharu

14/02/2017
0

NILAI - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu perubahan positif demi kemajuan dan pembangunan bola sepak di negara ini menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd