• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Hukuman Mati Belum Dibincang Kabinet

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori masih belum dibincangkan di peringkat Kabinet setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata kerajaan masih menunggu maklum balas dan penelitian menyeluruh daripada Jabatan Peguam Negara sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk tindakan lanjut.

“Pada ketika ini prosesnya masih di Jabatan peguam Negara (AGC). Masih belum di peringkat Kabinet lagi. Tentang berapa lama proses ini akan ambil masa… saya harap ia selesai menjelang bulan depan, diharapkan selepas pembentangan belanjawan (Belanjawan 2019),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Liew berkata beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan moratarium kepada pihak Lembaga Pengampunan supaya menangguhkan pelaksanaan hukuman mati kepada semua pesalah yang menunggu hukuman gantung.

Terdahulu, ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya, Liew berkata kerajaan tidak tergesa-gesa untuk memansuhkan hukuman mati.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semua pandangan dan membuat kajian menyeluruh bagi cadangan pemansuhan hukuman mati yang melibatkan 32 kesalahan di dalam lapan akta berkenaan.

Liew berkata kerajaan telah menjalankan satu kajian berhubung pemansuhan hukuman berkenaan yang dilaksanakan I-CeLLS, organisasi di bawah naungan Jabatan Peguam Negara, yang turut melibatkan pakar terulung dunia dari University of Oxford, Profesor Roger Hood sebagai perunding kajian berkenaan.

“Kerajaan terdahulu telah jalankan kajian, kalau saya tidak silap pada 2013, tapi pada masa itu kerajaan mungkin kurang iltizam politik untuk mansuhkan hukuman mati sama sekali,” katanya.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang menasihatkan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa dalam memansuhkan hukuman berkenaan. – BERNAMA

Tags: hukuman matipemansuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Rumah Bagi Projek Baharu Turun 10 Peratus

Next Post

Gaza Nikmati Semula Lapan Jam Bekalan Elektrik

Related Posts

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

28/12/2024
0

JAKARTA: Perancis mengemukakan permohonan rasmi kepada Indonesia untuk memindahkan seorang warganegara Perancis yang dijatuhi hukuman mati dan sudah menjalani hampir...

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

01/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan tujuh lelaki warga Filipina untuk menyemak hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka...

Next Post

Gaza Nikmati Semula Lapan Jam Bekalan Elektrik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd