• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Baik Hati Bantu Warga Emas

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang pemandu yang baik hati mencuit hati pengguna Internet apabila dirakam menggendong seorang warga emas untuk membantunya melintas jalan yang sibuk.

Rakaman video menunjukkan pemandu terbabit keluar dari keretanya untuk menawarkan bantuan kepada pejalan kaki uzur berkenaan selepas tidak sampai hati melihatnya berdepan kesukaran melintas jalan di Suzhou, lapor Daily Mail.

Kejadian itu hanya beberapa bulan selepas seorang anggota polis di barat daya China dipuji orang ramai kerana menggendong seorang lelaki tua melintas jalan raya.

Kejadian terbaharu itu berlaku di luar hospital, baru-baru ini, lapor rangkaian berita tempatan, Jiangsu Public Channel.

Menurut Selasa lalu itu, lelaki terbabit berdiri di tengah jalan atas lintasan zebra dengan sokongan tongkatnya.

Dia nampak seolah-olah menghadapi kesukaran kerana tidak bergerak kira-kira seminit dengan kereta lalu-lalang, walaupun semua kenderaan yang lalu diperlahankan dan dipandu berhati-hati untuk mengelaknya, kata seorang anggota polis.

Melihat kejadian itu, seorang pemandu menghentikan keretanya di depan lintasan berkenaan sebelum turun dan pergi ke arah warga emas terbabit. Mereka dilihat berbual seketika sebelum pemandu itu menolongnya melintas.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu pemandu berkenaan tiba-tiba mencangkung di depan lelaki terbabit dan menggendongnya ke seberang jalan dengan selamat.

Anggota polis trafik, Lu Bo memuji kesabaran pemandu lain menunggu dua lelaki terbabit selamat melintas jalan. Dia turut mengingatkan pemandu boleh disaman, selain ditolak markah merit jika enggan berhenti untuk pejalan kaki di lintasan yang disediakan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Chinapemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd