• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar PT3 Maut Langgar Kereta

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Seorang pelajar lelaki yang baru selesai menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) maut selepas motosikal Modenas Kriss yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Padang Perahu, Jalan Kodiang, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, mangsa, Akmal Danial Cik Amirudin, 15, dari Batu 18, Kampung Pulau Maharaja, Padang Perahu di sini meninggal dunia akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu seorang wanita berusia 40 tahun bersama anak perempuannya membuat pusingan U tidak jauh dari kawasan kemalangan menghala ke Jitra.

Beliau berkata, ketika itu kereta terbabit berada di laluan kiri iaitu kira-kira 15 meter dari kawasan pusingan namun secara tiba-tiba motosikal yang ditunggangi mangsa melanggar belakang kereta terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala namun pemandu kereta terbabit, Fadzilah Hamzah, 40, dan anaknya, Ezzatul UmairahImani Che Hanafi, 13, tidak mengalami kecederaan.

” Mayat Akmal Danial kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH ONLINE

Tags: kemalangan mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd