• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Pantau Pusat Tahfiz Elak Ideologi Ekstremisme

oleh
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau kesemua pusat tahfiz di seluruh negara sebagai langkah proaktif dan pencegahan awal bagi mengelak ideologi Salafi Jihadi dan Daesh berleluasa di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini hanya sebuah pusat tahfiz di Perlis terlibat ideologi ekstremis berkenaan.

“Kami amat khuatir kerana mereka mahu menjadikan pusat tahfiz di Perlis itu sebagai tapak untuk mengembangkan ideologi berkenaan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Integriti dan pelancaran jurnal integriti PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi mengulas penahanan lapan lelaki termasuk tujuh warga asing oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM dalam operasi di Perlis pada 24 September lepas kerana disyaki terlibat dalam tindakan memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan bagi menyebarkan ideologi itu.

Katanya pusat tahfiz di Perlis itu dipercayai mempunyai rangkaian dengan militan tertentu di luar negara seperti di Yemen.

“Kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut kes berkenaan kerana masih dalam siasatan lagi dan penglibatan pusat tahfiz lain di seluruh negara dalam ideologi berkenaan masih terkawal,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang secara peribadi meminta PDRM mengecualikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam mana-mana siasatan terhadap keganasan di Perlis, Mohamad Fuzi berkata Mohd Asri seharusnya tidak masuk campur dalam tugas polis.

“Itu tugas PDRM, beliau (Mohd Asri) seharusnya tidak masuk campur dengan tugas polis dalam kita memastikan keadaan keselamatan negara ini terpelihara.

“Dia tidak mempunyai hak untuk kata pegawai saya tidak boleh ambil tindakan terhadap pusat tahfiz berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fuzi Harunpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bas Panorama Dijangka Beri Manfaat 6,000 Penuntut UTeM

Next Post

KBS Pantau Proses Pemulihan Akademi Mokhtar Dahari

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

18/08/2022
0

LIPIS : Lima lelaki masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku...

Next Post

KBS Pantau Proses Pemulihan Akademi Mokhtar Dahari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd