• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBSNT Kekalkan Irfan Bakti Untuk Musim Depan

oleh
24/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengekalkan khidmat jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1) Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Timbalan Presiden PBSNT Hishamuddin Abdul Karim berkata, PBSNT turut mengekalkan jawatan pengurus pasukan yang disandang oleh Ahmad Shahrizal Yahya dan penolong pengurus ialah Zul Fadli Rozi.

Selain daripada jawatan itu, PBSNT turut membentuk pengurusan baharu terhadap empat pasukan bola sepak di bawah PBSNT iaitu pasukan TFC II hingga pasukan TFC IV.

“Ia bagi memantapkan kesemua pasukan bola sepak tersebut selaras dengan prestasi cemerlang yang dicapai mereka pada musim ini,” katanya selepas mesyuarat PBSNT di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, bagi pasukan TFC II yang bertaraf feeder club, pengurusnya adalah Jasmira Othman, penolong pengurus Che Wan Azlizan Che Wan Abu Bakar dan ketua jurulatih Tengku Hazman Raja Hassan.

“Bagi pasukan TFC III, pengurusnya ialah Mohd Rusdi Hamat, penolong pengurus Zulkifli Nawi dan ketua jurulatih Badrul Hafzan Razali manakala pasukan TFC IV pengurusnya Mohd Yahaya Mohd Noor, penolong pengurus Ramlee Othman dan Subri Sulong kekal sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Katanya, bagi mendepani musim depan, PBSNT meletakkkan sasaran dan akan menyusun Petunjuk Prestasi Utama (KPI) buat semua pasukan agar berjalan dengan lebih tersusun.

PBSNT turut mempelawa syarikat dan individu perseorangan menyertai sebagai rakan penaja bagi mengatasi kekangan kewangan yang dialami persatuan itu dalam meneruskan saingan dalam arena sukan bola sepak negara.

“PBSNT merakam terima kasih khususnya kepada kerajaan Terengganu, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, penaja-penaja yang setia, penyokong dan semua rakyat negeri ini yang sentiasa bersama kami ketika jatuh dan bangun di mana semangat berpasukan itu akan dikekalkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Irfan BaktiPBSNT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Warga Myanmar Dipenjara 2 Tahun Seludup Migran

Next Post

Samun Pusat Urut, 2 Sahabat Dipenjara 40 Bulan & Sebat

Related Posts

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

TFC Pilih Park Seung Il Ganti Kim Hyun Woo

27/01/2018
0

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club (TFC) memilih Park Seung Il dari Korea Selatan bagi menggantikan rakan senegaranya Kim Hyun...

Next Post

Samun Pusat Urut, 2 Sahabat Dipenjara 40 Bulan & Sebat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd