• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Ditubuh Kaji Model KAFA Komprehensif

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi membangunkan model Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang lebih komprehensif.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata tempoh enam bulan diperuntukkan bagi memastikan model yang bersesuaian dapat dipraktikkan termasuk isu penyerapan guru ke skim perjawatan.

Menurutnya, pasukan petugas khas yang dipengerusikannya itu akan melihat kepada pelbagai aspek antaranya kokurikulum, model, premis dan perjawatan guru KAFA itu sendiri.

“Pasukan petugas khas ini adalah untuk mencari satu model (KAFA) macam Sekolah Agama Johor, kokurikulum dan penambahbaikan kita hendak lakukan, pada masa sama jawatankuasa teknikal akan melihat kepada pemetaan.

“Ini kerana kita mahu menggunakan premis sekolah supaya tidak ada masalah dan buat konsep macam Sekolah Agama Johor yang kena dekat dengan sekolah kebangsaan.

“Kemudian kena ada persjilan, kelayakan dan sepenuh masa (aspek guru), banyak perkara kita kena kaji dan jawatankuasa teknikal bertindak atas arahan pasukan petugas khas yang membuat kajian sebelum melaporkan semula kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Solat Hajat dan Dhuha Perdana Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2018 anjuran Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Muadzam Shah di Masjid Al Muadzam Shah, di sini, hari ini.

Fuziah berkata, pada masa ini pasukan petugas khas itu memfokuskan untuk mengisi kekosongan guru KAFA yang kebanyakkannya membabitkan kawasan pendalaman terutama di Sabah.

“Kita (sepatutnya) ada 32,764 guru KAFA dan daripada jumlah itu 31,640 sudah diisi, masih ada kekosongan terutama di kawasan pedalaman yang mempunyai kekangan dari segi pengangkutan.

“Kita berharap dapat mengisinya dengan anak tempatan,” katanya.

Sementara itu, Fuziah berharap satu berita gembira bakal diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet 2019 berhubung proses menyerap masuk seramai 5,000 guru kelas KAFA kepada lantikan jawatan tetap.

Menurutnya, kelulusan bajet yang diharapkan dapat merealisasikan hasrat guru-guru KAFA mengajar dalam keadaan lebih selesa dan berbaloi dengan usaha yang mereka lakukan.

“Kita sudah membuat anggaran dan memberikan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan pada Bajet 2019.

“Dianggarkan RM30 juta diperlukan untuk menyerap masuk 5,000 guru kelas KAFA sekiranya lantikan dibuat mengikut gred S29, kita harap ada berita gembira pada 2 November nanti,” katanya.- BERNAMA

Tags: KAFAKomprehensif
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jelajah Komuniti Tingkat Kesedaran Urus Kewangan

Next Post

Kastam Rampas Arak, Daging Beku Seludup RM1.5 Juta

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Malaysia, Jepun Setuju Hubungan Dinaik Taraf Lebih Komprehensif

28/05/2022
0

TOKYO - Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala dinaikkan taraf ke peringkat yang lebih komprehensif dan Dasar Pandang...

Next Post

Kastam Rampas Arak, Daging Beku Seludup RM1.5 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd