• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasport Malaysia Ranking Ke-5, Bukti Diiktiraf Negara Lain

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi sekali gus menduduki ‘ranking ke-5’ paling berkuasa di dunia membuktikan pengiktirafan negara lain terhadap Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata pengiktirafan oleh Global Passport Power Rank 2018 itu menjadikan PMA setanding dengan pasport negara lain seperti New Zealand dan Australia.

“PMA kita mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, contohnya penggunaan e-passport. Malaysia merupakan pengeluar pertama dunia yang mengeluarkan e-passport yang menggunakan cip keselamatan yang tertanam di dalamnya.

“Ini memudahkan segala urusan di kaunter Imigresen. Kami boleh kenal pasti segala maklumat dan profil pemegang pasport termasuk pergerakan dan perjalanannya di setiap negara dengan pantas apabila diimbas di kaunter imigresen,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata selain itu, PMA sukar dipalsukan kerana mempunyai sistem keselamatan pada polikarbonat selain ciri keselamatan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Mustafar berkata hanya pegawai Imigresen terlatih sahaja mampu mengesan sekiranya terdapat mana-mana pihak tidak bertanggungjawab cuba menciplak PMA.

Mustafar berkata lagi, selain ciri-ciri keselamatan, prinsip Rukun Negara dan imej grafik yang menggambarkan lokasi ikonik dan mercu tanda negara juga dicetak pada PMA.

“Paling penting, PMA mengikut piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mewujudkan spesifikasi dan standard piawaian dokumen perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar masuk di sempadan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pasport Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Perniagaan China Bayar RM400,000 Untuk MyKad, Pasport

31/10/2019
0

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia membayar sebanyak RM400,000 untuk memiliki...

Isa Samad Gagal Dapatkan Pasport Tunai Umrah

31/01/2019
0

BEKAS Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad gagal dalam permohonan bagi mendapatkan semula pasportnya untuk menunaikan umrah, semasa pendengaran permohonan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd