• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Perlu Dijadikan Sebagai Suruhanjaya – Nurul Izzah

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya institusi Parlimen dijadikan sebagai sebuah suruhanjaya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata cadangan mewujudkan Suruhanjaya Parlimen tersebut adalah bagi menjadikan institusi perundangan tertinggi dalam negara itu berupaya berfungsi sebagai sebuah kuasa yang disegani dan bebas daripada kuasa eksekutif.

“Punca kuasa Parlimen harus berdiri sebagai independent (bebas) supaya tidak dilihat sebagai salah sebuah cabang yang masih bernaung di bawah pihak eksekutif sementara dana datang daripada Kementerian Kewangan semata-mata.

“Kita mahu Parlimen mempunyai jawatankuasa-jawatankuasa tersendiri yang mempunyai punca kuasa dan juga punca dana yang tersendiri,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan tersebut dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Khamis lepas.

Nurul Izzah berkata cadangan tersebut juga seiring dengan hasrat Dr Mahathir untuk melaksanakan reformasi institusi Parlimen.

Pada pembentangan tersebut, Dr Mahathir juga berkata Akta Perkhidmatan 1963 akan dikembalikan dalam usaha meningkatkan autonomi Parlimen.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika membahaskan usul tersebut berkata Parlimen mesti ada kebebasan sendiri untuk mentadbir urus isu dalamannya.

Menyokong reformasi Parlimen, beliau berharap transformasi Parlimen dilaksanakan sebaik mungkin bagi memantapkan perjalanan institusi itu.

“Saya harap tidak ada beza dalam Parlimen, yang berbeza speaker, perdana menteri sebagai ketua dewan, timbalan perdana menteri dan ketua pembangkang. Hanya mereka ini yang ada perbezaan. Yang lain (anggota parlimen) sama ada menteri atau tidak, mereka hanya punyai kuasa untuk bawa usul,” katanya.

Wan Junaidi turut menyentuh isu larangan merokok di bangunan Parlimen oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa 15 Okt lepas dengan tindakan KKM itu mempunyai tujuan baik namun tidak menggunakan cara yang betul bagi pelaksanaan larangan.

“Niat baik tapi salah cara, minta (kebenaran) dengan speaker dahulu, kalau speaker kata ya, baru boleh buat. Speaker juga kena berbincang dengan semua pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Media, selepas isu larangan itu dibangkitkan, melaporkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, antaranya bagi membincangkan isu larangan merokok di kawasan bangunan Parlimen.

Dr Dzulkefly berkata, hasil pertemuan itu, mesyuarat turut bersetuju menyediakan ruang merokok alternatif sementara di luar bangunan Parlimen sehingga satu ruang merokok tetap disediakan di luar bangunan Parlimen. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah Anwar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilihan PKR N.Sembilan Sabtu Lepas Berjalan Lancar Dan Terkawal

Next Post

Mayat Kesembilan Ditemukan Berhampiran Kontena Terakhir

Related Posts

Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Anwar

Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Anwar

12/02/2023
0

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan...

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

31/01/2023
0

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya sebagai penasihat, dia berasa tidak wajar...

Next Post

Mayat Kesembilan Ditemukan Berhampiran Kontena Terakhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd