• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Apabila ‘Double Park’…

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU rakaman video menunjukkan lelaki pecah cermin sebuah Toyota Harrier kerana dipercayai halang laluan apabila kenderaan itu diletakkan secara ‘double park’ menjadi tular di laman sosial.

Kejadian didakwa berlaku di Lintas Square, Kota Kinabalu, malam semalam apabila lelaki yang dipercayai pemilik Toyota Land Cruiser gagal keluar dari tempat letak kereta, berikutan dihalang oleh Toyota Harrier terbabit.

Berdasarkan rakaman berdurasi 1 minit 53 saat itu, lelaki, 50-an, terbabit dilihat memecahkan cermin sebelah pemandu Toyota Harrier sebelum dipercayai menurunkan brek tangan dan menolak kenderaan itu bersama beberapa lelaki lain.

Kenderaan Toyota Land Cruiser itu kemudian meninggalkan lokasi, sebelum rakaman itu menunjukkan pemilik Toyota Harrier muncul di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Katanya, polis menyedari mengenai rakaman berkenaan dan akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kejadian itu berlaku di daerah ini.

“Sekiranya benar kejadian itu berlaku, polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana atau Seksyen 506 kanun sama (kerana menakutkan secara jenayah).

“Bagaimanapun, polis belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini. – myMetro Online

Tags: keretaParking
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Parking….Kena Pengajaran Keluar Air Mata

Salah Parking….Kena Pengajaran Keluar Air Mata

29/12/2025
0

Akibat meletakkan kenderaan di ringan di laluan kenderaan berat.. Menurut sumber awam, kejadian berlaku di R&R Ayer Keroh, Melaka. Sumber...

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd