• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Mohon Dana Kecemasan Bagi Urus Cerun

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang kini dalam usaha mendapatkan peruntukan kecemasan sebanyak RM1 juta daripada kerajaan pusat untuk pelan reka bentuk cerun di Jalan Bukit Lama, dekat sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berkata pelan reka bentuk itu adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji masalah kejadian tanah runtuh yang berlaku di tebing Jalan Bukit Lama sepanjang 80 meter itu.

“Kami minta peruntukan kecemasan ini melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR). Pelan reka bentuk tersebut kini dalam proses terakhir dan akan didapati dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Makanan dan Minuman ‘Tastefully’ di sini, hari ini.

Zairil menasihatkan orang awam supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di laluan tersebut yang kini hanya dibuka satu lorong sahaja.

“Buat masa sekarang penyelenggaraan sedang giat dijalankan, jadi kami minta orang ramai untuk menggunakan laluan alternatif (Jalan Bukit Baru-Jalan Tun Sardon) bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku,” katanya.

Kejadian tanah runtuh membabitkan kawasan tebing jalan laluan Bukit Lama dari Bayan Lepas ke Balik Pulau dekat sini sepanjang 80 meter itu, dipercayai disebabkan hujan lebat lebih dua jam yang bermula 1 tengah hari.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian tanah runtuh itu adalah yang kedua selepas kejadian tanah runtuh berlaku di tapak projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong di sini, Jumaat lepas yang mengorbankan sembilan orang dan mengakibatkan empat yang lain cedera. – BERNAMA

Tags: cerun bukitperuntukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

22/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd