• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Pesawat Lion Air Dipercayai Di Dasar Laut

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia masih gagal mengesan bangkai pesawat Lion Air yang terhempas semalam, yang dipercayai terbenam di dasar laut di perairan Tanjung Karawang.

Sekalipun keadaan cuaca baik di perairan Tanjung Karawang, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal mengesan bangkai pesawat berkenaan setakat 6 petang waktu Indonesia barat.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata pasukan SAR turut menggunakan peralatan canggih seperti ‘multibeam Echo Sounder’, ‘Side Scan Sonar’, ‘Magnetometer’ dan ‘Remotely Operated underwater Vehicle’ (ROV) bagi mengesan bangkai pesawat itu.

“Kami masih mencari khususnya badan pesawat itu, menggunakan peralatan berkenaan sejak 10.30 pagi tadi, tapi masih gagal mengesan bangkai pesawat dan kotak hitam pesawat,” katanya.

Muhamad Syaugi berkata pencarian di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 itu akan diperluaskan lagi ke arah selatan dan barat daya perairan itu.

Sementara itu Direktur Kesiapsagaan Basarnas, Didi Hamzar berkata beliau tidak menolak kemungkinan pesawat itu terbenam di dasar laut.

“Besar kemungkinan pesawat meluncur dan terbenam ke dasar laut akibat kelajuan tinggi (ketika terhempas),” katanya.

Menurut laporan media Indonesia, kawasan perairan berkenaan yang berlumpur dilihat menyukarkan pasukan penyelam mengesan bangkai pesawat berkenaan.

Berkenaan penemuan cebisan anggota badan yang dipercayai penumpang pesawat itu, Muhamad Syaugi berkata setakat jam 5 petang tadi, sebanyak 34 kantung atau bungkusan jenazah telah dibawa ke Rumah Sakit Polri (Hospital Polis Indonesia).

“Kantung itu berisi berupa potongan (cebisan) badan, pihak Rumah Sakit Polri mengatakan untuk mengidentifikasi perlukan sekitar empat atau lima hari,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, pihak berkuasa juga telah mendapatkan lebih 70 profil asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anggota keluarga penumpang untuk dipadankan dengan DNA jenazah yang ditemui.

Beliau berkata pasukan SAR hari ini seramai lebih 800 anggota terdiri daripada anggota tentera, polis dan Basarnas akan melakukan operasi 24 jam selama tujuh hari bagi mengesan bangkai dan kotak hitam pesawat itu, menggunakan 35 unit kapal, tiga helikopter dan tiga pesawat jenis HR-1519, HR-1301 dan CN-235.

Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi semalam.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada jam 7.10 pagi semalam waktu Indonesia barat.

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas itu. – BERNAMA

Tags: dasar lautpesawat Lion Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangkai Helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun Ditemukan Di Dasar Laut

Bangkai Helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun Ditemukan Di Dasar Laut

20/07/2024
2

TOKYO: Bangkai sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) yang hilang pada April telah ditemukan di dasar laut hari ini,...

NASA Terokai Jurang 11 Kilometer Di Dasar Laut

16/01/2022
0

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kini dalam misi untuk meneroka kawasan paling dalam di lautan dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd