• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Oktoberfest: Kena Pasti Umat Islam Tiada Masalah

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dinasihatkan supaya memastikan penganjuran pesta arak Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

Itu pesanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada rakannya dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) itu yang dilaporkan, membenarkan penganjuran Oktoberfest di ibu negara dengan bersyarat.

Mujahid enggan memberikan pandangannya secara khusus terhadap penganjuran pesta arak yang berasal daripada Jerman itu, namun menggesa umat Islam supaya tidak menyertainya.

“Saya sedang berbincang dengan pihak mufti (mengenai penganjuran Oktoberfest, namun secara asasnya apa saja perkara mungkar seperti minum arak dan sebagainya, kita minta umat Islam jangan sertai.

“Lain daripada itu, Menteri Wilayah yang akan uruskan daripada segi perundangan, kalau diizinkan, apa syaratnya.

“Saya juga berhubung secara rapat dengan YB Khalid (dan berpesan) supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendiriannya terhadap penganjuran Oktoberfest selepas Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, dilaporkan membenarkan pesta arak itu dianjurkan di ibu negara jika mematuhi syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara syarat itu ialah ia tidak dianjurkan di tempat terbuka serta tidak boleh disertai oleh individu beragama Islam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Ahmad Musadad Sulaiman; Timbalan Naib Canselor UPM, Dr Zulkifli Idrus dan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Dr Razali Othman. – BH ONLINE

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawaoktoberfest
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Cedera Tong Gas Meletup

Next Post

Bajet 2019: Cuepacs Tidak Beri Tekanan Kepada Kerajaan PH

Related Posts

Tiada Arahan Larang Penceramah Agama Keluar TV, Radio

14/12/2018
0

IPOH - Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang beberapa penceramah agama untuk keluar di televisyen...

Kuota Haji Untuk Jemaah Malaysia Kekal 30,200 Orang

13/12/2018
0

SEPANG – Kuota haji untuk jemaah Malaysia kekal 30,200 orang bagi tahun 2019, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk...

Next Post

Bajet 2019: Cuepacs Tidak Beri Tekanan Kepada Kerajaan PH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd