• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NUTP Minta KPM Lihat Semula Cara Isi Dokumentasi Pelajar

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini meminta Kementerian Pendidikan (KPM) melihat semula dan mempermudahkan cara pengisian dokumentasi maklumat pelajar.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata buat masa ini, para guru terpaksa mengisi dokumentasi maklumat pelajar dalam tiga peringkat antaranya mencatat buku kedatangan dan mengisi secara dalam talian untuk KPM.

“Cara ini tidak lagi relevan kerana guru terpaksa membuat tiga kerja apatah lagi pada hujung tahun guru sibuk dengan peperiksaan dan sudah tentu beban guru itu akan turut ditanggung oleh pembantu tadbir kerana maklumat itu diperlukan cepat oleh KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Kesatuan Pembantu Pegawai Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) 2018 di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata banyak kekosongan jawatan pembantu tadbir yang bersara dan kematian tidak diisi oleh KPM.

Tan berkata waran untuk jawatan itu ada tetapi tidak diisi menyebabkan beban tugas perkeranian di sekolah bertambah dan pihaknya meminta agar KPM mempercepatkan pengisian jawatan pembantu tadbir untuk mengurangkan beban pentadbiran di sekolah.

Beliau juga meminta KPM menyerap jawatan 412 pembantu guru sekarang dengan tugas perkeranian dan sebagainya.

“Mereka banyak membantu guru, adalah sewajarnya mereka diserap jawatan tetap dan bukan kontrak kerana mereka ada pengalaman,” katanya.

Sementara itu, Presiden Keptan Adnan Ahmad berkata pihaknya mengharapkan isu pembantu tadbir dapat ditangani dengan segera agar beban pentadbir sekolah dapat diatasi.

Beliau berkata ada sesetengah sekolah tidak mempunyai pembantu tadbir menyebabkan pembantu tadbir sekolah berhampiran bergilir tugas membantu sekolah tersebut menjalankan kerja kerani.

“Untuk selesaikan masalah ini kita mencadangkan terma jawatan perlu disemak semula kerana terma perjawatan sekarang tidak membantu.

Kita kekurangan hampir 1,000 pembantu tadbir di seluruh negara dan sehingga kini terdapat 28,000 pembantu tadbir di negara ini,” katanya. –BERNAMA

Tags: dokumentasiNUTP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd