• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NS Lancar Tabung, Misi Kemanusiaan Ke Palu

oleh
11/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan ‘Tabung dan Misi Kemanusiaan Kerajaan Negeri Sembilan ke Palu, Sulawesi Tengah’ yang diterajui oleh Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri, bagi menghulur bantuan kepada mangsa kejadian gempa bumi dan tsunami pada 28 September itu.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata kempen bagi mengutip derma untuk tabung berkenaan akan digerakkan ke seluruh Negeri Sembilan terutama melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, agar bantuan dapat disalur kepada mangsa bencana, yang angka korbannya kini menjangkau lebih 500 nyawa.

“Kutipan juga dibuat di masjid, surau dan tempat-tempat beribadat yang lain. Kita berharap dapat mengumpul derma sebanyak yang boleh untuk di salurkan kepada mangsa…. Mereka adalah saudara serumpun dan jiran kita yang paling dekat,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurutnya misi bantuan kemanusiaan ini nanti akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Taufek Abdul Ghani yang akan menghantar dua sukarelawan belia untuk menjalankan misi bantuan ke wilayah yang terjejas di Palu pada 22 dan 25 Oktober ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Nicole Tan Lee Koon yang turut hadir dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan hari ini berkata, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan penempatan tetap bagi keluarga Akif Hatimi Abdul Halim, selepas kisah keluarga enam beranak tinggal dalam khemah di Pantai Saujana, Port Dickson itu menjadi tular baru-baru ini.

Tan seterusnya membidas perbuatan calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menurutnya hanya membantu keluarga itu mendapatkan penginapan sementara.

“Kalau betul dia mahu menolong keluarga itu, kenapa dia tidak terus berusaha membantu bagi mendapatkan tempat tinggal secara tetap kepada mereka,” katanya.

“Ia melihatkan seolah-olah kerajaan negeri dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri tidak berusaha untuk membantu keluarga itu sedangkan kami sudah berusaha mencari mereka untuk memberikan bantuan dari segi tempat tinggal dan juga aspek persekolahan,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Norhizam Janji Baiki Kelemahan Diri

Next Post

Kejohanan Dunia Dan Asia Misi Utama Mohd Azizulhasni

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

Next Post

Kejohanan Dunia Dan Asia Misi Utama Mohd Azizulhasni

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd