• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MTDC Lihat Potensi Robotik Dgn Nilai Tempatan

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) melihat potensi dalam teknologi robotik untuk industri tempatan serta robotik dalam bidang pendidikan bagi mencapai tahap Industri 4.0 (I4.0).

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata MTDC kini mencari syarikat dan individu yang mampu mencipta teknologi robotik tempatan yang praktikal dan boleh menyelesaikan masalah industri terutamanya dalam penggunaan sumber manusia untuk mengurangkan kos.

“Kita juga ingin membantu membangunkan sistem robotik bagi syarikat yang masih pada tahap 2.0, iaitu usahawan yang masih lagi bergantung kepada sumber manusia pekerja asing.

“Ia mungkin boleh dinaik taraf supaya mencapai tahap I3.0 iaitu tahap automasi sepenuhnya,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Pecutan Robotik MTDC (MTDC RAP-MTDC Robotics Accelerator Boot Camp) di TIC UPM-MTDC, hari ini.

Norhalim berkata penekanan akan diberi kepada ciptaan robotik yang berasaskan persekitaran tempatan.

“Teknologi yang diperlukan tidaklah terlalu canggih dan mahal hingga tidak mampu dimiliki oleh pengusaha, dan paling utama ia teknologi tempatan yang boleh diselenggara dan dibaiki di dalam negara, sekaligus menjimatkan kos,” katanya.

Selain itu, MTDC juga melihat potensi robotik dalam bidang pendidikan yang mampu dimiliki pada harga RM100-RM200.

“Kita telah ada syarikat tempatan bimbingan MTDC yang mengeluarkan robot untuk pendidikan dan berjaya dipasarkan ke seluruh dunia, tetapi kita mahu lebih ramai murid di sini dapat akses kepada pendidikan robotik pada harga yang jauh lebih murah seperti penggunaan ‘raspberry pi’ di United Kingdom.

“Ia satu potensi besar kerana jika dapat dipasarkan di dalam negara, ia juga boleh dilebarkan sehingga ke rantau Asia Tenggara,” katanya.

Program MTDC RAP yang bertujuan memperkasakan inkubasi dan memupuk syarikat berasaskan teknologi, menyediakan khidmat nasihat kepada syarikat serta membantu mereka mencapai status komersial.

Ia merupakan program pertama di bawah Program Pecutan MTDC dan kem tiga hari bermula 15 Okt itu disertai 50 peserta daripada 17 kumpulan universiti tempatan dan dua syarikat swasta.

Peserta diberi latihan dan bimbingan untuk memperkenalkan produk mereka kepada bakal penaja dan lima penyertaan terbaik akan diserap ke dalam Program Pecutan MTDC dan diberi latihan, bimbingan serta dana bagi membangunkan ciptaan mereka ke arah komersial pada kadar yang lebih segera. – BERNAMA

Tags: nilai tempatanrobotik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Ditusuk 10 Pancang Keluli Mesin Lengan Robotik

13/12/2018
0

ZHUZHOU, China – Seorang pekerja kilang tembikar nyaris maut selepas lengan, bahu serta dadanya tertusuk 10 pancang keluli akibat dihempap...

Kedah Beri Keutamaan Bidang Teknologi Robotik

28/07/2018
0

JITRA - Kerajaan negeri akan terus memberi keutamaan dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang robotik, selaras dengan gelombang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd