• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT2: MOF Mesti Jelaskan Nasib Pekerja, Jumlah Ganti Rugi

oleh Haris
10/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mesti menjelaskan apakah nasib 20,000 orang pekerja yang kehilangan pekerjaan ekoran pembatalan satu projek MRT2, dan mendedahkan jumlah pampasan yang mesti dibayar akibat pembatalan yang bukan disebabkan kesilapan mereka tetapi hasil dasar kerajaan Pakatan Harapan.

“Pembatalan projek-projek mega berkepentingan rakyat adalah sikap yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan seperti projek ECRL dan HSR, tetapi berapakah pula pampasan yang terpaksa dibayar akibat daripada pembatalan tersebut?” kata Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kewangan juga perlu memberikan jawapan yang jelas berhubung pembatalan kerja-kerja bawah tanah melibatkan projek MRT2, termasuk memberi nilai lebih rendah yang disasarkan, kata Muhammad Khalil.

Soal Ketua Pemuda PAS itu, “berapakah jumlah sasaran sebenar pengurangan kos yang dimahukan oleh Menteri Kewangan bagi pembinaan kerja-kerja bawah tanah MRT2?

“Difahamkan pihak MMC-Gamuda telah menawarkan 24 peratus daripada jumlah asal kos iaitu RM 16.71 bilion. Menteri Kewangan seharusnya meletakkan sasaran ini sebelum membuat keputusan menamatkan kontrak semasa yang memberikan implikasi yang lebih besar,” tegasnya.

Muhammad Khalil turut menyoal siapakan firma perunding yang dilantik oleh kementerian kewangan untuk kajian semula itu, sedangkan kajian sudah dilakukan oleh MRT Corp, tambahan pula kajian pihak dilantik Kementerian Kewangan didapati “terlalu mudah”. – Mynewshub.tv

Tags: kementerian kewanganMRT 2Muhammad Khalil Abdul Hadi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

30/05/2024
0

PUTRAJAYA : Mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd