• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misbun Belum Bersedia Melawat Chong Wei

oleh
16/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih seminggu selepas kepulangan Datuk Lee Chong Wei ke tanah air setelah selesai rawatan kanser hidung tahap pertama di Taiwan, ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek mengakui masih belum bersedia untuk bertemu anak didiknya itu.

Biarpun belum menjenguk pemain itu, Misbun berkata beliau tetap berhubung dengan Chong Wei melalui telefon bagi mengetahui perkembangan pemain itu.

“Kita faham, kalau dia jumpa saya…mungkin nanti keadaan bertukar menjadi emosi. Saya tak nak, kalau sudah beremosi, biasanya dia akan terharu dan lebih ‘down’. Jadi biarkan dia, saya mahu beri beliau ruang.

“Biasanya saya tengok Chong Wei ini, kalau dia betul-betul sudah sihat, dia lebih terbuka dan mudah didekati,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Akademi Badminton Malaysia (BAM) di sini hari ini.

Misbun merupakan individu penting dalam karier badminton Chong Wei sebelum menjadi jaguh perseorangan negara.

Misbun adalah jurulatih yang mengesan bakat pemain dari Pulau Pinang itu ketika berusia 17 tahun, sebelum dilentur sehingga bergelar pemain nombor satu dunia.

Justeru itu, mustahil beliau menjadi orang yang terakhir mengetahui tentang keadaan kesihatan Chong Wei yang mengidap kanser hidung tahap awal itu.

“Saya harap walau macam mana pun, sama ada dia mahu main (kembali ke gelanggang) atau tidak, saya harap dia cepat sembuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: datuk lee chong wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prasarana Jumpa APAD, DBKL Bincang Kes Kanvas Terbang

Next Post

Ali XPDC Minta Nasihat Ustaz Sebelum Nyanyi

Related Posts

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Chong Wei Percaya Kemampuan Harimau Malaya Muncul Juara

09/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala...

Next Post

Ali XPDC Minta Nasihat Ustaz Sebelum Nyanyi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd