• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menu Baharu “Briyani Bamboo” Jadi Tarikan D’tandoor

oleh
08/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Juadah berempah seperti nasi beriyani, roti naan dan ayam tandoori begitu sinonim dengan masyarakat utara terutama di Pulau Pinang.

Justeru, Kumpulan Rangkaian D’Tandoor memperkenalkan menu baharu,“Briyani Bamboo” atau Nasi Briyani Buluh pada perasmian cawangan restoran D’Tandoor di Jalan Baru di sini hari ini sempena sambutan Jubli Perak Kumpulan Rangkaian D’Tandoor.

Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian D’Tandoor Datuk Abdul Malik Abdullah berkata menu istimewa itu adalah hasil gabungan elemen Asia dan India Utara. Nasi briyani dimasak dalam buluh seperti lemang bersama lauk pilihan seperti ayam, kambing, sayuran serta makanan laut yang dikukus selama 20 minit.

“Menu itu bakal menjadi tarikan penggemar masakan India Utara,’ kepada pemberita pada majlis pembukaan Restoran D’Tandoor Jalan Baru sempena Majlis Sambutan Jubli Perak Kumpulan Rangkaian D’Tandoor hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

D’Tandoor mempunyai satu lagi cawangan di negeri ini iaitu di Tanjong Tokong di bahagian pulau.

Abdul Malik berkata antara keunikan Nasi Beriyani Buluh ialah menu itu dihasilkan daripada 16 jenis rempah ratus yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.

“Bahan yang diguna juga adalah bahan organik…jadi menu ini adalah menu yang sihat kerana kandungan kalorinya yang rendah, kurang kanji, di samping beras yang digunakan ialah beras basmathi malah tidak menggunakan minyak yang terlalu banyak,” katanya.

Abdul Malik berkata pihaknya kini dalam usaha untuk memperluaskan perniagaan ke Johor, Sabah, Melaka serta Indonesia yang lebih bercirikan Asia.

Satu hidangan Nasi Beriyani Buluh boleh dinikmati oleh dua sehingga tiga orang dengan harga di antara RM30 sehingga RM38.

Sementara itu Muhammad Bakhtiar berkata pengusaha restoran perlu menitikberatkan dalam penjagaan kebersihan kerana perkara itu merupakan indikator bagi kejayaan sesebuah perniagaan.

“Negeri ini amat sinonim dengan syurga makanan, oleh itu sudah semestinya kebersihan dan servis di setiap restoran memainkan peranan penting,” katanya.

D’Tandoor telah bertapak dalam industri makanan sejak 25 tahun yang lalu dan sudah mengembangkan empayar perniagaan sehingga ke Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Kemboja. – BERNAMA

Tags: menu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Senang Dah Nak Masak, Siap Kupaskan Bawang, Halia…

17/08/2017
0

KEBANYAKAN daripada kita jarang-jarang sekali dapat meluangkan masa untuk memasak disebabkan kekangan masa bekerja. Namun, kadang-kadang terasa juga nak makan...

Menu Buka Puasa Ringkas Untuk Orang Bujang

06/06/2016
0

MEMANDANGKAN harga makanan dan minuman di Bazar Ramadan saban tahun naik harganya, apa kata anda cuba sendiri memasak beberapa menu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd