• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mencuri Untuk Hadiahkan Permainan Kepada Anak Saudara

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya kerana ingin menghadiahkan permainan kanak-kanak kepada anak saudaranya, seorang pekerja bengkel kereta sanggup mencuri peralatan itu dan barangan lain di sebuah kedai peruncit perkakas rumah di sebuah pasar raya, Sabtu lalu.

Berikutan perbuatannya itu, Muhammad Fuad Saedan, 26, dihukum penjara sehari dan denda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di kedai Mr. D.I.Y di Aeon AU2, Setiawangsa, Wangsa Maju di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 29 September lalu.

Muhammad Fuad didakwa mencuri dua unit alat permainan masing-masing bernilai RM5.70 dan RM3.30 serta dua unit kabel telefon berharga RM16.80 dengan jumlah keseluruhannya, RM25.80 milik Mr. DIY Sdn. Bhd.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, peguam Iqhmar Shafiq Azmi yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya menerima gaji tidak menentu sekitar RM1,200 sebulan dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

“Ibu bapa anak guam saya hadir pada hari ini. Kedua-duanya pesara kerajaan. Mohon hukuman ringan diberikan kepada tertuduh memandangkan dia tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya malah barangan yang dicuri telah dikembalikan,” kata Iqhmar Shafiq.

Majistret Rahni Kartini Abd. Rahim turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara lagi tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Muhammad Fuad dibebaskan selepas kedua-dua ibu bapanya menjelaskan denda berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tags: dipenjaraKes Curi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Festival Simfoni Gamelan Gilap Bakat Pelajar UTP

Next Post

Indonesia Kebumi Lebih 1,000 Mayat, Rayu Bantuan Antarabangsa

Related Posts

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

21/03/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang buruh yang mengaku bersalah kerana merogol seorang penjawat awam dua kali dan menceroboh rumah mangsa, dijatuhkan hukuman penjara...

Amang Seksual Fizikal: PU Azman Dipenjara 6 Tahun, Satu Sebatan

Amang Seksual Fizikal: PU Azman Dipenjara 6 Tahun, Satu Sebatan

30/12/2024
0

SHAH ALAM: Bekas pendakwah selebriti, Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku salah di...

Next Post

Indonesia Kebumi Lebih 1,000 Mayat, Rayu Bantuan Antarabangsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd