• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Tingkat Kualiti Pemuliharaan Tapak Warisan Dunia

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Melaka komited dalam meningkatkan kualiti penjagaan dan pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO agar negeri ini terus kekal sebagai suri teladan bukan sahaja bagi negeri lain, bahkan untuk luar negara.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata usaha berterusan dalam memelihara warisan di negeri ini amat penting kerana selain mempunyai nilai estetika, ia merupakan pelaburan yang baik dan menjadi daya tarikan pelancong.

“Kita sambut baik negeri dan negara luar menjadikan Melaka sebagai ‘role model’ bagi negeri bersejarah dan kita sedia berkongsi ilmu pengurusan sektor pelancongan dan pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Melaka turut mengambil pengalaman daripada Pulau Pinang, bagi kita perkongsian ini cukup penting kerana masing-masing mempunyai inisiatif tersendiri untuk menjaga nilai warisan,” katanya kepada pemberita selepas melawat calon ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka Mohd Rashid Mohd Sidek dan Pengetua SMK Bukit Katil Abdullah Othman.

Melaka dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bersama George Town di Pulau Pinang semasa Persidangan ke-32 Jawatankuasa Warisan Dunia di Quebec, Kanada pada 7 Julai 2008.

September lepas, dalam pertemuan antara Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhamad Jailani Khamis dan Deputi Gabenor Provinsi Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta, Bidang Budaya dan Pariwisata, Agus Suradika di Indonesia, pihak negara berkenaan memohon kerjasama Melaka bagi berkongsi inisiatif untuk memulihara tapak bersejarah.

Ini kerana Jakarta kini dalam usaha untuk menjadikan Kota Tua yang telah wujud sejak abad ke-16 sebagai Tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan UNESCO seperti Melaka.

Seramai 12,764 calon di Melaka mengambil PT3 tahun ini, melibatkan 84 pusat peperiksaan dan daripada jumlah itu, 72 ialah calon berkeperluan khas daripada 38 buah sekolah. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariUNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd