• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

May Gesa Dedah Segera Fakta Kes Khashoggi

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini menggesa kebenaran segera didedahkan berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul awal bulan ini.

“Saya pasti Rumah Putih sependapat dalam hal ini dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Jamal Khashoggi. Kita mesti dapatkan kebenaran terhadap apa yang terjadi,” katanya kepada Parlimen.

May adalah pemimpin Eropah pertama bercakap mengenai isu ini selepas Arab Saudi pada Sabtu lalu mengakui bahawa Khashoggi terbunuh ketika berada di konsulat negara itu, selepas terbabit dalam apa yang dikatakan sebagai satu ‘pergaduhan’.

Beliau menyatakan demikian sehari sebelum Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dijadualkan berucap kepada parti pemerintah berhubung ikrar beliau untuk mendedahkan keseluruhan maklumat kes itu.

Khashoggi memasuki bangunan konsulat Arab Saudi pada 2 Oktober lalu dan Riyadh sebelum ini mendakwa beliau telah meninggalkan premis terbabit.

Pihak berkuasa Arab Saudi selepas itu mengakui kolumnis Washington Post berkenaan dibunuh dalam bangunan konsulat dan 18 rakyat negaranya telah ditahan susulan kejadian.

Dalam satu kenyataan bersama, Britain, Perancis dan Jerman semalam berkata Riyadh perlu memperincikan cara kematian Khashoggi dan ia perlu disokong dengan bukti yang sahih. – AFP/BH ONLINE

Tags: Jamal Khashoggitheresa may
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akhbar Turki Dedah Transkrip Saat Akhir Kematian Khashoggi

11/09/2019
0

ANKARA - Akhbar Turki telah menerbitkan transkrip butiran baharu saat-saat akhir pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. Pengkritik kerajaan Arab Saudi itu...

Perdana Menteri Britain Umum Letak Jawatan

24/05/2019
0

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mengumumkan akan meletak jawatan pada 7 Jun selepas berdepan tekanan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd