• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Mahu Pihak Berkuasa Tegas Isu Hidu Gam

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kegiatan hidu gam dalam kalangan kanak-kanak yang berleluasa di Sabah khususnya di daerah ini menimbulkan kegusaran masyarakat yang mahu pihak berkuasa mengetatkan undang-undang berhubung penjualan bahan itu.

Dewan Perniagaan Tiong Hua Lahad Datu misalnya mencadangkan agar pihak berkuasa memperkenalkan larangan menjual gam kepada individu berusia bawah 18 tahun.

“Setakat ini gam ini dijual secara terbuka dan boleh dibeli sesiapa sahaja, sebab itu perlu ada akta dan peniaga juga tidak dibenarkan menjual kepada kanak-kanak, kerana ini berkaitan kegiatan menghidu gam di Sabah khususnya melibatkan kanak-kanak dan remaja membimbangkan,” kata Presidennya Tan Cheng Teng kepada Bernama.

Tan juga menyarankan agar kegiatan menghidu gam dikategorikan sebagai kesalahan menurut Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana setakat ini tiada undang-undang yang dapat membendung penyalahgunaan bahan itu.

“Perlu ada satu akta yang boleh dipakai untuk menangkap mereka yang hidup gam ini,” katanya.

Isu hidu gam dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di daerah ini menjadi tumpuan selepas seorang netizen memuat naik video memaparkan kegiatan kumpulan itu pada 1 Oktober lalu.

Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik oleh Rosdiana Ramlee, pemilik akaun Facebook Diana Gadget tersebut mendapat 697,000 tontonan dengan 8,969 perkongsian dan 2,400 ulasan.

Menurut Rosdiana, 22, kegiatan kanak-kanak terbabit bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi turut mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Dia mendakwa hampir berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di bandar ini yang berpunca daripada kanak-kanak sedang khayal selepas menghidu gam.

Nurul Fahiman Sudirman, 24, pula berkata masalah itu perlu ditangani segera kerana melibatkan masa depan generasi pelapis negara.

“Mungkin Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) boleh menangani bersama perkara ini kerana tidak mustahil daripada menghidu gam lama-lama beralih hisap dadah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk Siti Aisya, 35, mendakwa kanak-kanak yang terbabit dalam kegiatan tersebut adalah daripada komuniti Bajau Laut yang sering ditemui mengemis di sekitar bandar ini.

“Kehadiran mereka ini sememangnya mengundang reaksi negatif terhadap imej Lahad Datu,” katanya. – BERNAMA

Tags: hidu gamundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

23/07/2025
0

SHAH ALAM - Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd