• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Rentung Disyaki Libatkan Empat Keluarga Berlainan

oleh
08/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Lima individu yang rentung dalam kemalangan di Km255.3 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora pada Sabtu dipercayai melibatkan empat keluarga berbeza.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar DSP Zahiri Hassan berkata setakat ini tiga keluarga telah tampil menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini.

Katanya maklumat mangsa yang diperoleh setakat ini ialah dua penumpang wanita dan seorang bayi lelaki selepas anggota keluarga masing-masing melakukan ujian DNA.

“Sebuah keluarga dari Shah Alam hari ini tampil dan mengesyaki saudara lelaki mereka turut berada di dalam kenderaan itu dan mereka lakukan DNA,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Menurut Zahiri, kesemua sampel DNA itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.

Dalam pada itu, beliau berkata polis sedang mengesan seorang lagi waris mangsa disyaki pemandu kenderaan tersebut dan siasatan menyeluruh dilakukan termasuk pemeriksaan ke atas nombor casis kenderaan berkenaan.

Dalam nahas 11.47 pagi tersebut, lima individu rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh sebuah treler. Pemandu treler direman dua hari mulai hari ini.

Difahamkan, maklumat tiga mangsa yang diperoleh setakat ini ialah masing-masing wanita berusia 60 dan 37 tahun serta bayi lelaki berusia setahun.

Kelima-lima mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping. – BERNAMA

Tags: Isu Terowong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesilapan Besar Dalam Dokumen Perjanjian Awal

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat kesilapan besar dalam kandungan dokumen Perjanjian Awalan Bagi...

Kes Terowong: Reman ‘Datuk Seri’ Disambung 5 Hari

05/03/2018
0

PUTRAJAYA - Tempoh reman ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang dipercayai menerima RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd