TELUK INTAN – Jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak kekal 171 mangsa daripada 48 keluarga setakat 10 pagi tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak dalam kenyataan berkata kesemua mangsa yang terdiri daripada mangsa banjir dari Kampung Batu 9, Batu 8 dan Batu 7 Changkat Jong ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong.
“Mereka terdiri daripada 37 lelaki dewasa, 52 wanita, 51 kanak-kanak lelaki dan 31 kanak-kanak perempuan,” kata kenyataan itu.
Kejadian banjir di Hilir Perak mula dilaporkan melanda kawasan Changkat Jong kira-kira 7 pagi Rabu lepas akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sejak petang Selasa. – BERNAMA

