• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berdepan Laluan Sukar Di Kejohanan SOJC

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Malaysia berdepan laluan sukar untuk mencapai sasaran kelompok empat terbaik pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2018 selepas tewas dalam kedua-dua pertemuan setakat ini.

Selepas tersungkur 1-2 di tangan India pada perlawanan pembukaan Sabtu lalu, semalam Malaysia dibenam 1-6 oleh juara bertahan Australia sekali gus bermakna Malaysia perlu menang dalam pertemuan menentang New Zealand esok.

Pengendali skuad Nor Saiful Zaini yang mengakui hakikat itu, berkata pasukan negara hanya ada hari ini untuk membaiki kelemahan sebelum perlawanan esok.

“Dari segi pertahanan kita terutama (bila berdepan) pukulan sudut penalti tidak berapa bagus dan saya akui semasa berhadapan dengan Australia, pertahanan kita tidak berapa bagus.

“Selain itu, banyak yang perlu kita perbaiki termasuk dari segi taktikal. Fitness kita tidak berapa baik dan ada masa kita main bagus adakalanya tidak,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Australia lewat malam semalam.

Bagaimanapun menurut bekas pemain kebangsaan tersebut, kejohanan itu sendiri merupakan satu platform untuk anak buahnya menimba pengetahuan terutama pemain baharu yang pertama kali bermain dalam kejohanan antarabangsa.

Nor Saiful berkata anak buahnya memerlukan lebih banyak “kerja rumah” untuk memastikan prestasi mereka pada perlawanan menentang New Zealand esok lebih konsisten.

Hari ini merupakan hari rehat kejohanan. – BERNAMA

Tags: laluan sukarSOJC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Great Britain Muncul Juara Piala Sultan Johor 2018

13/10/2018
0

JOHOR BAHRU - Great Britain muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2018 selepas menewaskan India 3-2 di Stadium Hoki...

SOJC: Kalahkan New Zealand 6-3, Malaysia Tempat Kelima

13/10/2018
0

JOHOR BAHRU – Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira apabila empat gol jaringannya membantu memastikan skuad hoki remaja negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd