• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lukisan Berharga Lebih RM5j Musnah Semasa Dilelong

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sekeping luki­san yang dihasilkan oleh artis seni misteri Britain dikenali sebagai Banksy koyak dengan sendiri ketika dijual pada harga lebih £1 juta (5.4 juta) dalam satu acara lelongan di London pada Jumaat lalu.

Mereka yang hadir pada acara lelongan itu terkejut dan ketawa selepas bahagian bawah lukisan berjudul Girl with Balloon itu carik-carik akibat disedut mesin penghancur kertas yang tersembunyi di dalam bingkainya ketika lelo­ngan dilakukan, kata firma lelo­ngan Sotheby’s.

Girl with Balloon merupakan antara karya terbaik Banksy. Karya berusia 12 tahun itu baru sahaja dijual pada harga £1,042,000 (RM5.7 juta) yang merupakan rekod tertinggi untuk pelukis misteri tersebut.

“Kita nampaknya sudah terkena,” kata Alex Branczik yang merupakan pengarah kanan dan ketua seni kontemporari dalam satu kenyataan di laman web Sotheby’s.

Banksy sendiri memuat naik gambar tetamu terkejut melihat lukisan itu musnah di laman sosial Instagram berserta kapsyen: ‘Lagi, lagi, hilang’.

Menurut Sotheby’s, pihak­nya pasti ini merupakan kali pertama karya seni musnah dengan sendiri semasa acara lelongan.

Firma lelongan itu bagaimanapun belum memberikan ulasan mengenai di mana lukisan koyak itu kini disimpan atau bagaimana nilainya berubah selepas kejadian di luar jangkaan tersebut.

Banksy yang identitinya ma­sih belum diketahui, terkenal kerana menghasilkan grafiti bertemakan politik termasuk pada tembok Israel di Tebing Barat dan taman hiburan Disneyland.

Bermula sebagai seorang artis seni grafiti kurang dikenali dari bandar Bristol, karya Banksy kini sangat dihargai dan mahal harganya. – Reuters/KOSMO ONLINE

Tags: lelongLukisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Dapat Rumah Sementara

MBKT Lelong Lembu, Kambing Tak Dituntut

13/02/2024
0

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak dituntut selepas disita...

Bangkai Lipas, Debu Bulan Bakal Dilelong RM1.7 Juta

13/06/2022
0

BOSTON, Massachusetts – Bangkai lipas dan debu Bulan yang diekstrak dari badan roket Apollo 11 adalah antara item unik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd