• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tertembak Mati Rakan Semasa Berburu

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPIT – Seorang lelaki tertembak rakannya ketika berburu di kawasan Lubuk Nabau, Sungai Sut, Balleh, dekat sini petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Edwin Gading, 26, maut dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu akibat tembakan yang mengenai kepalanya.

“Suspek berusia 30 tahun menyerah diri di balai selepas kejadian. Dia tertembak rakan serumah panjang kerana bayangan mangsa kelihatan seperti burung,” kata Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian.

Menyedari beliau tertembak rakannya sendiri, suspek terus balik ke rumah panjang dan memberitahu bapanya.

Mereka pergi semula ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke Hospital Kapit.

Freddy berkata, pihaknya telah merampas selaras senapang patah berserta satu kelonsong peluru dan suspek kini ditahan di Balai Polis Kapit untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pemburuSenapang Patah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekebun Parah Terkena Peluru Sesat Pemburu

17/01/2019
0

SEORANG pekerja kebun cedera di bahagian leher dipercayai terkena peluru sesat ketika sedang membersihkan kebun buah-buahan di belakang Taman Kinta...

8 Maut Angkara Pemburu Haram Di Cameroon

14/02/2018
0

YAOUNDE - Enam anggota pasukan keselamatan dan dua penunjuk arah maut dalam pertempuran dengan pemburu haram di taman hidupan liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd