• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raba Penumpang Pesawat, Alasannya ‘Trump Kata OK’

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda ingin melihat realiti bagaimana racun politik Donald Trump memberi kesan kepada kehidupan masyarakat, anda tidak perlu melihat terlalu jauh.

Pada Ahad, seorang wanita telah diraba dalam sebuah penerbangan Southwest Airlines dari Houston ke Albuquerque oleh seorang lelaki yang dilaporkan mempertahankan dirinya dengan berkata Donald Trump juga meraba.

Wanita itu, yang hanya dinyatakan dalam aduan sebagai C.W, berkata dia sedang tidur di tempat duduknya dan tiba-tiba berasa ‘pakaiannya bergerak’ dan terdapat tangan menyentuhnya dari belakang di bahagian tali coli.

Pendakwaraya berkata lelaki itu adalah Bruce Michael Alexander, 49, dari Tampa dan ditangkap sebaik sahaja pesawat mendarat.

Jari-jarinya sepadan dengan keterangan yang diberikan oleh wanita berkenaan kepada pihak berkuasa yang disifatkan sebagai besar dan berbulu dengan kuku yang kotor.

Alexander pada mulanya tidak mengaku menyentuh wanita itu, tetapi selepas dia digari dia berkata ‘Presiden Amerika Syarikat kata meraba bahagian sulit mereka adalah biasa’, menurut aduan.

Alexander didakwa melakukan hubungan seks secara kasar pada Isnin, satu pertuduhan yang membawa hukuman denda maksimum AS$250,000, serta dua tahun penjara.

Mangsa menggambarkan bagaimana serangan itu berlaku 15 hingga 20 minit dalam penerbangan selepas dia tertidur.

Pada mulanya dia mengandaikan sentuhan itu adalah satu kemalangan, jadi dia mengabaikannya.

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian, ia dilaporkan berlaku buat kali kedua, apabila dia merasakan tangan Alexander merangkul belakang lengannya dan meraba buah dadanya.

Pada 2005 rakaman audio tersebar dengan Trump kedengaran berkata: “Jika anda terkenal, mereka biar saja anda lakukan. Anda boleh lakukan apa sahaja.

“Raba alat sulit mereka. Anda boleh lakukan apa sahaja.” – nbcnews/mStar Online

Tags: meraba
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bengang Diejek ‘Gajah’, Lelaki Bunuh 3 Beranak

Next Post

Larangan Arak, Judi Bukan Punca Bumiputera Gagal

Related Posts

Video: Warga Asing Raba Wanita Melayu Dalam Tren

26/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing meraba pinggul seorang wanita Melayu dalam sebuah tren terbongkar apabila aksi...

Video: Kurang Ajar! Bangla Meraba Wanita Dalam Tren

30/10/2015
0

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai warga asing menyentuh pinggul seorang wanita ketika berada dalam tren MRT Singapura menerima kecaman hebat di media sosial....

Next Post

Larangan Arak, Judi Bukan Punca Bumiputera Gagal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd