• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pukul Pekerja Stesen Minyak Direman 3 Hari

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai dipukul sekumpulan lelaki ​​​​​​akibat salah faham ketika mengisi minyak pada 6 Okt lepas.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berumur 25 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan yang membenarkan permohonan polis untuk membantu siasatan menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Lelaki itu yang juga peniaga dari Cheras, Kuala Lumpur ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah pukul 4.15 petang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman dalam kenyataan hari ini berkata seorang lagi suspek berumur 40 tahun yang ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 17 Okt lalu direman empat hari sehingga 21 Okt.

Katanya, lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

Pada Selasa lepas, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari, mangsa berumur 24 tahun sedang bekerja di kaunter stesen minyak berkenaan sebelum didatangi sekumpulan penunggang motosikal yang mahu mengisi minyak.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut memesan untuk mengisi minyak tetapi tidak memaklumkan kepada mangsa yang bertugas di kaunter untuk mengisi minyak jenis RON 97.

“Mangsa kemudiannya memberikan minyak RON 95 menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati sebelum sekumpulan kawan lelaki itu kembali semula ke kaunter dan menarik mangsa keluar biarpun mangsa telah meminta maaf,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes pukulreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd