• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hadapi 2 Pertuduhan AMLA Babit RM1/2 Juta

oleh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM500,000 pada tahun lepas.

Wang itu dipercayai merupakan hasil tuntutan palsu pulangan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikemuka kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

Tertuduh, Loo Peng Wah, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Lelaki itu didakwa memperoleh wang berjumlah RM200,000 dan RM300,000 di dua lokasi berbeza di Seri Kembangan dekat sini, pada 29 Ogos 2017 dan 2 September 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 serta seorang penjamin selain tertuduh perlu melapor diri di pejabat Kastam Ipoh, Perak setiap bulan.

“Kami juga memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh kerana tertuduh turut menghadapi 32 pertuduhan di bawah AMLA dan Akta GST 2014 di sana,” katanya.

Peguam Mardhiyah Sirajkumar yang mewakili Loo bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak guamnya tidak mampu selain telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

Yang Zaimey kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan lelaki itu melapor diri di pejabat Kastam Ipoh setiap awal bulan.

Beliau turut memerintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan. – BERNAMA

Tags: AmlaGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOTAC Mohon Bahagian Hasil Cukai Pelancongan

Next Post

3 Beranak Mengaku Bersalah Cederakan Jiran

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

3 Beranak Mengaku Bersalah Cederakan Jiran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd