• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Kedua IMARET Berlepas Ke Palu

oleh
09/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Kumpulan kedua sukarelawan Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) berlepas ke Sulawesi, Indonesia malam ini bagi memberi sokongan psiko-sosial kepada mangsa bencana serta petugas kesihatan di Palu serta menilai pakar perubatan yang perlu dihantar ke sana.

Kumpulan kedua IMARET yang berlepas ke dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) hari ini terdiri daripada seorang pakar perubatan kecemasan Dr Azlan Helmy Abd Samat, dua doktor iaitu Dr Shiraaj Zainul Abiddin dan Dr Mohamed Khalis Mohamed Rafi dan seorang pembantu perubatan dalam rawatan psikologi Khairol Ahmad Ramadzan Md Isa.

Keempat-empat mereka berlepas ke Jakarta dengan pesawat AirAsia dan dijangka transit selama empat jam sebelum menaiki penerbangan dari Jakarta ke Palu.

Dr Azlan Helmy selaku ketua pasukan ketika ditemui sebelum berlepas berkata, pasukannya akan menilai kumpulan pakar perubatan yang diperlukan di Palu.

“Pasukan saya akan bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Indonesia untuk melawat rumah sakit lapangan dan tempat mangsa-mangsa gempa dan tsunami berlindung,” katanya.

Dr Azlan Helmy berkata, kumpulannya akan berada di sana sehingga 16 Okt dan akan memberikan laporan harian kepada ibu pejabat IMARET di Kuala Lumpur bagi mengatur pakar yang akan di hantar ke Palu selepas ini.

Jika tinjauan pasukan kedua IMARET mendapati banyak pakar tulang diperlukan, maka selepas ini pakar tulang akan dihantar ke sana. Jika pakar psikologi lebih diperlukan maka pakar psikologi akan dihantar, katanya.

Selain mangsa, IMARET juga akan memberi sokongan psiko-sosial kepada petugas kesihatan di Palu, kata Dr Azlan Helmy.

Kumpulan pertama IMARET yang tiba di Palu Rabu lepas merupakan sukarelawan pertama Malaysia yang tiba di kawasan bencana tersebut. Mereka kembali ke tanah air Ahad. (semalam).

Pada 28 Sept, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala menggoncang Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Gempa berkenaan disusuli tsunami setinggi tiga meter. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan pihaknya menemukan 1,763 mayat setakat ini. Sementara 5,000 orang dilaporkan hilang. — BERNAMA

Tags: Sukarelawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Misbun Terkejut Kemampuan Zii Jia

Next Post

IJN Saran Semua Organisasi Wujudkan Pasukan CPR

Related Posts

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Jadi Sukarelawan

28/12/2021
0

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri...

Warga Emas Diperlukan Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian...

Next Post

IJN Saran Semua Organisasi Wujudkan Pasukan CPR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd