• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Ingatkan Besi, Rupanya Bom!

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA ingatkan suami bawa pulang besi buruk, tetapi sebaik memegang ‘besi’ itu baru saya sedar ia seperti bom,” kata suri rumah, Nurul Huda Mohd Kamal dari Kampung Mempelam, Alor Setar.

Menurutnya, dia dan suami, Mohd Azmizul Hanafi kemudian membawa objek itu ke rumah rumah jiran yang juga bekas tentera sebelum diberitahu bahawa objek itu adalah bom.

“Jiran kemudian memberitahu ‘besi’ itu adalah bom mortar yang masih aktif menyebabkan saya dan suami menggeletar kerana tahu ia boleh meletup bila-bila masa,” katanya.

Nurul Huda, 27, berkata, suaminya, Mohd Azmizul, 30, menemui bom itu berhampiran kawasan perumahan di Jalan Putra Mergong sebelum membawanya pulang ke rumah mereka di Kampung Mempelam pada 7.45 malam.

Katanya, mereka sempat mencuci bom berkenaan kerana merancang menjual ‘besi buruk’ itu, namun mula berasa pelik melihat kesan lekuk pada permukaannya.

“Selepas jiran mengesahkan ia adalah bom, saya terus menghubungi polis kira-kira jam 10 malam untuk memaklumkan mengenai suami yang menemui bahan letupan itu.

“Ini adalah kali pertama dalam hidup suami yang mengutip barangan lusuh ‘terbawa’ pulang bahan berbahaya berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Berikutan kejadian itu, sebahagian penduduk kampung berkenaan gempar selepas diarah keluar dari rumah masing-masing oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Sufuri Din berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 malam menghantar lapan anggotanya bagi memeriksa kawasan berkenaan.

“Kita turut membantu memasang jaring keselamatan di sekeliling rumah penduduk dan meminta mereka mengosongkan rumah yang terletak dalam radius 300 meter dari jarak bom berada,” katanya.

Difahamkan, anggota Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah berjaya mematikan bom berkenaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah malam. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Besi BurukBom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd