• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koepka Pemain Terbaik Jelajah PGA

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIAMI, Amerika Syarikat – Brooks Koepka, juara Terbuka AS dan Kejuaraan PGA tahun ini, diumumkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA Amerika Syarikat awal pagi tadi, sesudah mengungguli undian dalam kalangan pemain jelajah itu.

Pemain AS berusia 28 tahun itu memenangi Trofi Jack Nicklaus selepas kempen 2017-18 yang bersejarah apabila menyaksikan dia mempertahankan gelaran Terbuka AS di Shinnecock sebelum menafikan Tiger Woods kejuaraan utama ke-15 pada pusingan akhir mendebarkan di Bellerive, Ogos lalu.

Koepka, yang terlepas hampir empat bulan awal tahun ini kerana kecederaan pergelangan tangan kiri, turut meraih empat penamat 10 terbaik musin ini, termasuk naib juara pada kejohanan Juara-Juara HSBC WGC dan di Colonial.

“Brooks mencetus satu fenomena baru dalam Jelajah PGA dan anda menyaksikan keputusan tahun ini dengan musim bersejarah pada kejohanan utama,” kata pesuruhjaya jelajah, Jay Monahan.

“Pencapaian ini diraih sekalipun terlepas banyak masa kerana kecederaan, bukti terhadap etika kerja dan ketabahannya sepanjang musim.”

Finalis lain bagi anugerah itu termasuk pemain England, Justin Rose, juara Terbuka British, Francesco Molinari dari Itali dan pemain AS, Dustin Johnson, Bryson DeChambeau dan Justin Thomas.

Koepka muncul pemain pertama sejak Curtis Strange pada 1988-89 untuk memenangi kejuaraan Terbuka AS berturut-turut, kemudian merangkul trofi utama ketiganya pada Kejuaraan PGA ke-100 dengan rekod kejohanan 16 bawah par 264 bagi 72 lubang.

Dia juga muncul pemain kelima memenangi Terbuka AS dan PGA pada musim sama dan pemain kelima AS sejak 1945 menang tiga kejohanan utama sebelum berusia 29 tahun. – AFP

Tags: Brooks KoepkaJelajah PGA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd