• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesusahan Dorong 2 Pemuda OKU Ke Menara Gading

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kesusahan keluarga dan semangat daripada ibu bapa mendorong seorang pemuda kurang upaya (OKU) menguatkan azam ​​​​​​​untuk berjaya dalam pelajaran sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian.

Suhazli Muhamad, yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak tekad merubah kekurangan keluarga dan percaya melalui pendidikan adalah aset terbaik dalam merealisasikan impian tersebut.

Sikap tidak mudah berputus asa atau menjadikan kekurangan fizikal sebagai halangan, akhirnya membolehkan pemuda berusia 26 tahun dari Ketereh, Kelantan itu mampu ‘berdiri’ sebaris dengan graduan normal lain.

“Saya datang dari keluarga susah, ibu dan bapa hanya bekerja menjual hasil pertanian yang dikumpul dengan pendapatan tidak seberapa.

“Dalam serba kekurangan, saya jadikan kesusahan itu sebagai dorongan untuk melanjutkan pelajaran dan memilih universiti ini sebagai medan mengubah kehidupan,” katanya ketika ditemui pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42 di sini.

Suhazli, yang juga alumni UPM dalam Ijazah​​​​​​​ Sains Komputer merupakan antara 6,973 graduan yang menerima Ijazah Kedoktoran (PhD), Sarjana, Ijazah dan Diploma masing-masing pada istiadat yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Anak bongsu daripada lapan adik beradik itu turut berkongsi kejayaan dengan pihak universiti yang banyak membantunya sepanjang sesi pengajian.

Beliau berkata keprihatinan Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyediakan van untuk membawanya ke kelas dari asrama setiap hari amat dihargai selain rakan-rakan yang datang membantunya belajar ketika di asrama.

“Sebagai orang kurang upaya, saya sedar penguasaan ilmu di tahap paling tinggi mampu merubah nasib seseorang, dan sebab itu saya tekad untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat PhD selepas ini,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Perdana Menteri.

Bagi Kelvin Niyok, 21, pula, penglibatan keluarga dalam bidang pertanian mendorongnya untuk mendalami ilmu berkaitan pertanian di peringkat institusi pengajian tinggi.

Pemuda kaum Penan dari Ulu Baram, Miri, Sarawak yang menamatkan pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Pertanian itu berkata rutin harian ‘bermain’ dengan selut dan lumpur memberi semangat kepadanya untuk menguasai ilmu tersebut sebagai platform mengubah nasib keluarga pada masa depan.

“Atas sebab itu, saya kini meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian di UPM, satu persedian untuk menceburi bidang pertanian secara lebih serius selepas ini,” kata anak ketiga daripada empat adik beradik itu. – BERNAMA

Tags: graduanOKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Dana: Saudi ‘Nafi’ Kenyataan Saifuddin

Next Post

Tiada Ditawar Jawatan Dalam Parti, Kerajaan

Related Posts

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

Tiada Ditawar Jawatan Dalam Parti, Kerajaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd