• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Liwat: Tidak Perlu Lagi Saya Jelas, Kata Anwar

oleh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak perlu beri penjelasan berhubung kes liwatnya sebelum ini, sebaliknya meminta mana-mana pihak yang masih ‘ingin tahu’ supaya merujuk kepada banyak sumber yang telahpun menerbitkan fakta berkenaan kes itu.

Ketua Umum PKR itu berkata rakyat khususnya penuntut institusi pengajian tinggi perlu bersikap terbuka dengan tidak hanya terikat kepada satu-satu sumber untuk mencari maklumat seperti suratkhabar atau televisyen.

“Penjelasan berkenaan kes ini dah diulang banyak kali dalam Facebook, dah sejuta hits dalam YouTube. Semua report pembelaan (berkenaan kes liwat) juga ada telah dibuat buku antaranya oleh peguam Australia Mark Trowell…jawapan diberi dengan sangat terperinci, jadi saya nak nasihatkan bacalah.

“Saya juga ulangi, sewaktu saya dibebaskan sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong juga beritahu bahawa baginda yakin saya tidak bersalah, ada miscarriage of justice (salah laksana keadilan). Baginda tahu perkara ini tidak betul dan meminta supaya bila saya berkuasa janganlah izinkan perkara zalim dilakukan ke atas sesiapa.

“Apakah kita nak jadi mangsa fitnah orang atau kita nak cari kebenaran dengan mendengar dan membaca semua maklumat,” katanya pada program ‘Meet Anwar Ibrahim’ anjuran bersama Universiti Selangor (Unisel) dan Anwar Ibrahim Club di kampus universiti itu di Bestari Jaya di sini, malam ini.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang penuntut Unisel yang ingin tahu sama ada beliau bersalah atas tuduhan liwat tersebut atau difitnah.

Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari 2015 bagi sabitan meliwat.

Pada Mei selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, beliau mendapat pengampunan penuh diraja dengan sabitannya dipadamkan daripada rekod.

Pada 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun atas sabitan salah guna kuasa dan salah laku seksual.

Mengenai dakwaan berlakunya amalan politik wang ketika pemilihan PKR, Anwar tidak menafikan perkara itu wujud namun pihaknya perlu mencari bukti mencukupi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa politik wang berlaku di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan PKR. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd