• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Kerugian RM115,000 Ditipu Sindiket Macau Scam

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Seorang kerani kerugian sebanyak RM115,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menghubunginya dan mendakwa lelaki itu mempunyai tunggakan pinjaman peribadi dengan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berusia 55 tahun itu menerima panggilan telefon pukul 3.00 petang pada Isnin daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya dari Mahkamah Kuantan serta memberitahu mangsa mempunyai tunggakan pinjamanperibadi sebanyak RM50,000.

“Kemudian mangsa telah disambungkan talian ke Balai Polis Kuantan dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai sarjan Lau serta memberitahu kerani itu telah terlibat dengan penggubahan wang haram,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang mengaku polis itu mengarahkan mangsa memasukkan wang ke dalam dua akuan bank untuk siasatan polis serta pihak bank.

Katanya, mangsa yang takut dan panik mengikut arahan sindiket itu dan bertindak memindahkan duit sebanyak RM55,000 ke dalam satu akaun dan RM60,000 dalam akaun berasingan keesokkan hari (Selasa).

Anbalagan berkata mangsa sekali lagi dihubungi oleh lelaki yang menyamar sebagai polis itu dengan memberi jaminan semua wang kerani itu akan dikembalikan selepas kesnya selesai.

Katanya, lelaki itu hanya memberitahu anggota keluarganya selepas dia gagal menghubungi “sarjan Lau” untuk bertanya mengenai perkembangan kes berkenaan pada Khamis (25 Okt) sebelum membuat laporan polis.

“Anggota keluarganya memberitahu dia telah ditipu oleh sindiket Macau Scam dan mangsa yang berasal dari Sungai Nibong, dekat sini terus membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 402 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan polis sedang mengesan anggota sindiket Macau Scam berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan jangan melayan panggilan sedemikian dan mudah percaya jika ada panggilan daripada mahkamah kerana mahkamah tidak akan berurusan seperti itu. Sentiasa merujuk kepada polis jika menerima panggilan sedemikian bagi mengelak ditipu,” katanya. – BERNAMA

Tags: keraniMacau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Banjir: 28,032 Mangsa Banjir Di Lima Negeri

Kerani Hadapi 133 Tuduhan Pecah Amanah

28/12/2023
0

Georgetown: Wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 133 pertuduhan pecah amanah membabitkan sejumlah RM445,815 ketika berkhidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd