• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Menang Majoriti Lebih Besar Di PD

oleh
13/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menang bergaya dan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas dengan majoriti lebih besar sebanyak 23,560 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

Dengan kemenangan itu, Anwar, 71, akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Port Dickson yang baharu di Dewan Rakyat Isnin ini.

Ketua Umum PKR itu memperoleh 31,016 undi manakala calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar 7,456 undi, diikuti calon Bebas, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad yang mendapat 4,230 undi.

Dengan kemenangan itu, Anwar, hanya selangkah menjadi pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan, yang dipersetujui empat parti gabungan PH sebelum PRU14, 9 Mei lepas.

Bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 33, memperoleh undi paling sedikit berbanding tiga calon Bebas yang lain iaitu 82 undi, manakala personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong memperoleh 337 undi, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen (154 undi) dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan (214 undi).

Kesemua calon Bebas berkenaan hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairy Maamor pada 9.14 malam di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

Peratusan keluar mengundi sehingga 5.30 petang selepas 32 pusat mengundi ditutup ialah sebanyak 58.3 peratus, berbanding 83.16 peratus pada PRU14 Mei lepas.

Jumlah selepas tiga PRK sebelum ini iaitu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis sebanyak 50.3 peratus, Seri Setia (44 peratus) dan Balakong (43 peratus).

PRK itu diadakan selepas dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14, Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia menang selesa dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Khairy berkata jumlah kertas undi yang ditolak adalah 598 manakala sebanyak 49 kertas undi tidak dikembalikan.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi hari ini adalah 43,489 orang daripada 68,317 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Port Dickson.

Selasa lepas, sebanyak 63 peratus iaitu 4,564 daripada 7,191 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Ini menjadikan peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal PRK berkenaan merosot sebanyak 30 peratus berbanding 90 peratus yang dicapai kawasan itu pada PRU14, 9 Mei lepas.

Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Chuah dan Lukut yang masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (Barisan Nasional) dan Sri Tanjung (PKR). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukan Para Asia 2018 Berakhir, Hangzhou Tuan Rumah 2022

Next Post

Anwar Selangkah Bakal PM Ke-8

Related Posts

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

31/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka...

Next Post

Anwar Selangkah Bakal PM Ke-8

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd