• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Hapus Tol Diketahui 2 Atau 3 Bulan Lagi

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung isu penghapusan kutipan tol lebuh raya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata ketika ini pihaknya sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Masa sekarang kita masih berunding, mencari satu jalan yang saling memanfaatkan kepada pihak berkepentingan dan kerajaan baharu. Apa yang nanti diputuskan cara baiknya yang diterima semua pihak berkepentingan. Saya percaya itu akan dilaksanakan.

“Saya difahamkan semua pemegang berkepentingan bersikap positif (ekonomi) terhadap kedudukan kita sekarang. Justeru itu mereka sangat memaham, kita harap akan ada persefahaman dan kesimpulan bersama serta persetujuan bersama yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penghargaan ‘Man-Hours Without Lost-Time Injury’ (LTI) bagi projek-projek lebuh raya dalam pembinaan, di Susur Lebuh Raya Bandar Mahkota Cheras.

Katanya antara cadangan yang diberikan syarikat konsesi termasuklah pemberian rebat, memanjangkan tempoh konsesi lebuh raya dan pemberian diskaun.

Dalam perkembangan lain, Baru berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi beliau berhubung laporan terhadap setiausaha politiknya yang didakwa berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

“Dia (Anwar) dah telefon saya dan bertanyakan perkara itu, dan saya katakan kita sudah buat satu kenyataan akhbar bahawa kita biarkan dia disiasat pihak berkuasa. Jadi kita biarkan sahaja siasatan ini dilakukan dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Ahmad Syukri Che Ab Razab membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang setiausaha politik di sebuah kementerian.

Ahmad Syukri mendakwa individu terbabit menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan RM300,000 dalam satu mesyuarat dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept lalu di mana individu berkenaan bertanding untuk jawatan ketua cabang serta merebut jawatan dalam kepimpinan pusat. – BERNAMA

Tags: Baru Bianhapus tol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AS Mahu Pulih Hubungan Dengan Pakistan, Ajak Taliban Dialog

Next Post

Unit Anjing, Bot Kesan Remaja Jatuh Lombong

Related Posts

PRU15: ‘Janji PH Hapus Tol, Boleh Percaya Ke’

PRU15: ‘Janji PH Hapus Tol, Boleh Percaya Ke’

01/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO mempersoal janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) yang disifatkan hanya...

LPB Jimat RM2.865 Bilion, Kos Muktamad Selepas Penilaian

20/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Anggaran penjimatan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak berdasarkan perbezaan keseluruhan kos pembangunan di antara...

Next Post

Unit Anjing, Bot Kesan Remaja Jatuh Lombong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd