• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar Dewan Malu Najib Dedah Hutang Bukan RM1 Trilion

oleh
23/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIB… Buat julung kali dalam sejarah, hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) keluar dewan kerana malu Datuk Seri Najib Tun Razak tampil dedah hutang negara bukannya RM1 trilion.

Malah ia disiarkan dalam dokumen laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) yang mengesahkan bahawa hutang negara susut kepada RM686 bilion pada akhir 2017, bukan naik seperti difitnah PH.

Menurut Najib, dokumen disediakan PH dan dibentang di Parlimen minggu lalu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga tidak langsung sebut hutang negara adalah RM1 trilion seperti yang sering dimomokkan kepada rakyat.

“Laporan ini juga mengesahkan bahawa nisbah hutang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) menyusut kepada 50.8 peratus. Menyusut, bukannya naik. Atau RM686 bilion pada akhir 2017. Tiada angka RM1 trilion.

“Dalam dokumen rasmi PH ini langsung tidak ada angka hutang RM1 trilion. Saya hendak sebut di sini, antara sebab saya boleh sokong dokumen ini dengan bersyarat. Pertama, bahagian pertama dalam dokumen ini sendiri.

“Ia menyatakan bahawa kadar pertumbuhan negara 2016 mencapai 4.2 peratus, pada tahun 2017 5.9 peratus. Ini disahkan oleh dokumen ini. Dan seperkara lagi, bahawa ramai tak tahu dalam tempoh enam tahun kebelakangan.

“Iaitu tempoh dari 2011 sehingga 2017, kadar pertumbuhan Malaysia mengatasi ekonomi empat ‘harimau’ ekonomi di benua Asia ini. Ini sebenarnya lebih tinggi daripada Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Baca: Akhirnya Laporan RMK11 Dedah Hutang Negara Bukan RM1 Trilion

“Dan jika sekiranya ada pihak yang memomokkan bahawa kita ini berada di ambang negara muflis atau bankrap, rakyat susah, ia dinafikan dengan fakta hakikat sebenarnya,” tegas Ahli Parlimen Pekan itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika bahas Kajian Separuh Penggal RMK11 di Dewan Rakyat, Selasa. Menurutnya lagi, enam tonggak kajian terdapat dalam laporan itu semuanya adalah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Justeru jelas Najib, dokumen yang dibentangkan Perdana Menteri usia tertua di dunia itu bukanlah satu dokumen yang baharu sebaliknya adalah kesinambungan terhadap inisiatif-inisiatif yang digerakkan oleh BN sebelum ini.

“Jadi dokumen ini bukanlah baru, tapi adalah kesinambungan apa yang kerajaan BN telah lakukan. Termasuk juga dari segi urus tadbir. Pada tahun 2010, kerajaan telah mencadangkan sistem dana politik yang telus.

“Tapi ditolak oleh pembangkang. Masa itu kita hendak simpankan dalam rekod yang sistematik supaya tidak ada rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya tetapi telah ditolak oleh PH.

“Prinsipnya telah dimulakan oleh kerajaan BN tetapi telah ditolak oleh pembangkang ketika itu,” kata Najib. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Najib Tun RazakRM1 trilion
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Sah Tuduh Dulu Zahid, Siasat Kemudian?

Next Post

Neelofa Orang Ke-3 Di Dunia Menginap Hotel Mewah Ini

Related Posts

Hutang Negara Cecah RM1 Trilion Hari Ini

28/01/2022
0

Secara rasmi, hutang langsung kerajaan telah cecah RM1 trilion hari ini. Naik RM316 bilion (46%) dari RM686.8 billion pada tahun...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Next Post

Neelofa Orang Ke-3 Di Dunia Menginap Hotel Mewah Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd