• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Bukan Sebuah Republik

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS mengingatkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) bahawa Kelantan masih salah sebuah negeri di Malaysia dan bukannya sebuah republik.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Kerajaan Persekutuan tidak wajar melayan Kelantan seperti sebuah republik yang mempunyai autonomi sendiri sedangkan masih mengutip cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di negeri ini.

“Kelantan masih menghormati konsep federalisme. Kerajaan Kelantan tidak buat imigresen untuk negeri lain hendak masuk Kelantan.

“Sebab itu hasil yang dipungut daripada bumi Kelantan seperti bayaran pastport antarabangsa RM200 setiap lima tahun yang hendak ke umrah dan luar negara, cukai airport , road tax, saman JPJ, polis, cukai kastam, setem, SST, cukai pendapatan dan berbagai cukai diambil oleh kerajaan Pusat. Begitu juga hasil minyak dan gas dimasuk dalam kantong pusat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau dipercayai berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng Kerajaan Persekutuan memberi pinjaman sebanyak RM22.5 juta kepada Kelantan bagi menampung perbelanjaan operasi dan pengurusan negeri itu.

Idris berkata, Kelantan faham konsep federalisme, ada hak negeri dan ada hak pusat, cuma Kelantan meminta hak negeri itu daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kalau pun Kelantan susah, apa salahnya kerajaan pusat bantu. Tinggallah mentaliti pembangkang, dan angkuh dengan kuasa.

“Jadilah Menteri Kewangan yang berwibawa untuk membangunkan negara dan rakyat. Jangan hanya slogan Malaysia Baharu tetapi mentaliti lapok,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: KelantanKerajaan PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd