• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal Dipenjara 14 Tahun, 5 Sebatan Bagi Rogol, Seks Luar Tabii

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas eksekutif syarikat pengangkutan yang didapati bersalah merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita yang mahu mendapatkan pekerjaan dua tahun lepas, terpaksa akur menjalani hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan atas perbuatannya itu.

Hasrat perayu, H.N Sathisan, 31, untuk mengurangkan hukumannya tidak kesampaian selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menolak rayuannya untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebatannya itu.

Hakim Azman mengekalkan hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan rogol dan penjara lapan tahun serta dua sebatan bagi kesalahan melakukan seks luar tabii yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan perintah mahkamah itu supaya hukuman penjara itu berjalan serentak bermula 18 Mei 2017.

Dalam penghakimannya, Hakim Azman berkata terdapat percanggahan dalam keterangan Sathisan selaku perayu sehingga gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

“Perayu mengatakan sebelum kejadian itu berlaku, dia dan mangsa dalam keadaan mabuk kerana meminum bir namun dalam rekod rayuannya perayu mengatakan mereka telah meminum coke. Perayu juga mengatakan mangsa adalah teman wanitanya dan telah mengenali mangsa selama dua tahun sedangkan mangsa baru sahaja mengenali perayu setelah ditawarkan pekerjaan sebagai setiausaha,” kata hakim itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Aznika Mohd Anas mewakili pihak pendakwaan.

Pada 18 Mei 2017, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman itu terhadap Sathisan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut keterangan kes, mangsa telah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp berhubung peluang pekerjaan sebagai setiausaha sebuah syarikat telekomunikasi dan mangsa yang berminat telah berhubung dengan perayu melalui e-mel.

Mangsa yang dihantar ibunya kemudian telah berjumpa dengan perayu yang mendakwa dirinya pengurus syarikat tersebut setelah dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya mendapat jawatan itu namun dikehendaki menjalani satu latihan.

Setelah bertemu di sebuah restoran dan disuruh menghabiskan segelas minuman, mangsa telah dibawa ke sebuah hotel dan sempat menghubungi ibunya memberitahu dia dalam keadaan pening dan meminta ibunya mengambilnya di hotel tersebut sebelum mangsa kemudian tidak sedarkan diri.

Sebaik tersedar, mangsa mendapati dia berada di dalam bilik hotel, sedang meniarap dan mengalami kancing gigi, sebelum dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii.

Ibu mangsa kemudian telah membuat laporan polis dan akhirnya pihak polis berjaya menemui mangsa yang sedang menangis di tempat kejadian. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pesalahSeks Luar Tabii
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Masih Calon PRK – SPR

Next Post

Turki Minta Bukti Wartawan Tinggalkan Konsulat

Related Posts

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

Bekas Mudir Tidak Mengaku Lakukan Seks Luar Tabii

22/02/2024
0

BUTTERWORTH - Bekas mudir sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks luar...

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Next Post

Turki Minta Bukti Wartawan Tinggalkan Konsulat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd