• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Tun M Mampu Bantu Lonjak Sokongan Kepada Anwar

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin gandingan bahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir esok dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan mampu melonjakkan lagi sokongan kepada Ketua Umum PKR itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga merupakan sesuatu yang positif kepada kempen Anwar.

“Alhamdulillah kita memang rasa bangga dan terharu kerana Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selalunya tidak datang kempen Pilihan Raya Kecil namun dia pilih untuk datang ke Port Dickson untuk beri sokongan dan kempen kepada saudara Anwar,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Karnival Mini Keluarga Bestari di Taman Intan Perdana, di sini.

Dr Mahathir dijadualkan hadir ke Port Dickson malam esok dan akan bergandingan semula dengan Anwar di atas satu pentas selepas 20 tahun.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas bagi memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Hari mengundi ditetapkan pada 13 Okt manakala pengundian awal 9 Okt.

Parlimen Port Dickson memiliki 75, 770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). – BERNAMA

Tags: PRK Port DicksonTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd