• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebajikan Anak Arwah Adnan Diberi Perhatian – TPM

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga akan memastikan kebajikan dua anak anggota penyelam Pasukan Penyelam Di Air (PPDA), Adnan Othman diberikan perhatian.

Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk, Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kebajikan berkenaan turut melibatkan soal pendidikan.

“Selain itu, kita juga akan melihat kebajikan keluarganya kerana ayah arwah pun tak berapa nampak dan (arwah) pula ada adik yang pembelajarannya terhad,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa kira-kira setengah jam menziarahi keluarga Adnan, 33, di Taman Jaya Lukut di sini.

Adnan meninggalkan isteri Norshamiza Salleh, 32, dan dua anak Nur Aisyah Damia, empat tahun, dan Nur Aliyah Maisara, dua tahun.

Wan Azizah yang tiba di kediaman keluarga arwah pukul 9.00 pagi dan disambut bapanya Othman Surati, 69, dan ibu Roonani Abdullah, 58, juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga.

Sementara itu, Norshamiza melahirkan rasa terharu dengan kunjungan timbalan Perdana Menteri.

“Terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan pihak lain. Itu saja yang boleh saya cakap.

“Timbalan Perdana Menteri pesan kepada saya hidup ini mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku dekat kita semuanya ada perjalanan yang tersendiri cuma pengakhiran kita, kita tak tahu dekat mana. Terima kasih atas kata-kata yang sangat baik,” katanya.

Norshamiza adalah pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor.

Rabu lepas, enam anggota penyelam PPDA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang jatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. – BERNAMA

Tags: BombaDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd