• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Sasar Satu Juta Peserta HSN 2018

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penyertaan seramai satu juta untuk pelbagai aktiviti sukan yang diadakan sempena Hari Sukan Negara (HSN) yang disambut serentak di seluruh negara hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin sasaran berkenaan mampu dicapai menerusi pelbagai aktiviti sukan menarik yang telah diatur oleh pelbagai agensi kerajaan di peringkat negeri dan daerah, selain pengenalan sukan elektronik (E-Sport) yang diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun ini.

“Kerajaan negeri pun saya dah panggil sebanyak dua kali dan mereka semua sudah sediakan aktiviti masing-masing, malahan semua menteri (Kabinet) selain yang menggerakkan aktiviti sukan di kawasan masing-masing.

“Saya sangat gembira dan usaha ini akan diteruskan dalam mentransformasikan Malaysia sebagai Negara Bersukan,” kata Syed Saddiq pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan di Bandar Sukan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menyentuh mengenai acara hari ini, Syed Saddiq memaklumkan seramai 20,000 pengunjung hadir menyertai pelbagai acara termasuk ‘fun ride’, ‘fun walk’ selain beberapa aktiviti sampingan lain.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata KBS bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai satu daripada hab utama untuk sukan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati golongan belia di negara ini.

Beliau menambah sukan berkenaan bukan sahaja mampu menjana pendapatan lumayan kepada negara, malahan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia terutamanya sebagai pengaturcara komputer dan jurutera perisian.

“Perkembangan sukan elektronik amat unik sekali di negara ini memandangkann sukan ini semakin pesat membangun di Asia Tenggara dan kita ingin meletakkan Malaysia sebagai hab utama sukan elektronik di Asia,” kata Syed Saddiq.

Sambutan Hari Sukan Negara diadakan pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai satu inisiatif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd