• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Kenal Pasti Penaja Berpotensi Untuk PPBN

oleh
01/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau sudah bertemu dengan beberapa pihak yang berpotensi serta berminat untuk menaja Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Katanya penaja berpotensi itu menunjukkan respons yang positif ketika perbincangan ringkas, namun tiada sebarang perjanjian dimeterai buat masa ini.

Beliau berkata pada masa ini, wujud kebimbangan dalam kalangan penaja itu mengenai urus tadbir kewangan jika tajaan disalurkan kepada pihak berkenaan.

“Saya selalu tekankan kepada mereka, kalau mereka boleh melabur beratus juta ringgit untuk membeli kelab luar kenapa tidak boleh menyumbang bakti dalam bola sepak tanah air.

“Mereka ini pun menjiwai semangat bola sepak tanah air, cuma mereka hendak pastikan duit itu diperuntukkan dengan betul.

“Saya setuju bahawa urus tadbir perbelanjaan kena baik supaya akhirnya setiap sen dibelanjakan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini hari ini.

Syed Saddiq mengakui PPBN yang ditubuhkan pada 2014 adalah satu program pembangunan bola sepak baik dan patut diteruskan dengan urus tadbir betul dan telus khususnya berkaitan hal kewangan.

Dalam pada itu, beliau meminta agar semua pihak berhenti mencemuh Pengarah Akademi Bola Sepak Negara Lim Teong Kim, susulan kegagalan Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Katanya bekas jurulatih skuad bawah-16 tahun negara itu merupakan seorang yang amat dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah disegani di luar negara.

“Teong Kim masih jurulatih PPBN. Berkaitan dengan jurulatih bawah 17 tahun negara, itu bukan bidang kuasa menteri, itu bidang kuasa FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Semua tahu kalau menteri campur tangan dalam urus tadbir FAM, ia akan ada kesan buruk,” katanya.

FAM menamatkan khidmat Teong Kim serta merta susulan kegagalan skuad B-16 negara melepasi peringkat kumpulan Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila tewas 0-2 kepada Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Sumbang RM500,000 Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Sulawesi

Next Post

Bayi Lelaki Ditemui Di Anjung Rumah

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

Next Post

Bayi Lelaki Ditemui Di Anjung Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd