• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasma Perlu Menang Untuk Sekat Afif

oleh
26/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KASMA Daniel Kasmayuddin perlu muncul juara seandainya mahu menyekat Ahmad Afif Amran daripada bergelar juara keseluruhan CP150 pada perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, 27 dan 28 Oktober ini.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu kini ketinggalan 49 mata di belakang Afif yang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 160 mata dengan hanya 75 mata maksimum menanti pelumba-pelumba pada baki tiga pusingan perlumbaan sahaja lagi.

Rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman di kedudukan ketiga dengan 103 mata manakala Md Akid Aziz yang berada di kedudukan keempat tidak mampu lagi memberi cabaran untuk mengejar kedudukan pendahulu setelah mengumpul 73 mata ketika ini.

Seandainya Kasma menamatkan saingan di belakang Afif, ini bermakna dia terpaksa menyerahkan gelaran keseluruhan CP150 miliknya pada musim lepas kepada pelumba PETRONAS SPrinta Yamaha – CKJ Racing itu.

“Saya hanya ada satu misi penting pada minggu ini iaitu memenangi perlumbaan. Hanya dengan memenangi perlumbaan sahaja saya mampu menyekat Afif daripada mengesahkan gelaran lebih awal, jika tidak, saya terpaksa menyerahkan gelaran tersebut kepada Afif,” jelas Kasma.

Tambahnya, “Namun misi tersebut bukan mudah kerana Afif begitu konsisten pada musim ini. Saya perlu merancang strategi terbaik untuk mengalahkannya sama ada mengekori dibelakang dan mencari ruang untuk memintas di penghujung saingan ataupun cuba menjarakkan diri dari awal saingan lagi.

“Pada masa sama bantuan rakan sepasukan sangant penting. Selain perlu menyediakan jentera yang pantas, mereka juga perlu membantu menyekat Afif seandainya saya berada di depan. Selain psikologi dan strategi, mental saya juga perlu kuat untuk kekal bertenang sepanjang perlumbaan di Batu Kawan ini.” – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd