• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Jumpa FAM Isnin Ini Selesai Isu Lesen Liga Malaysia

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menyelesaikan isu berkaitan lesen untuk menyertai Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata beliau sendiri akan mengetuai delegasi pertemuan itu dengan FAM bagi menyelesaikan beberapa masalah yang menyebabkan KAFA sehingga kini masih belum mendapat kelulusan untuk mendapatkan lesen berkenaan.

“Kami sedang meneliti syarat-syarat yang perlu dilengkapkan oleh KAFA bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) dapat beraksi pada Liga-M musim depan,” katanya kepada pemberita selepas Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-64 di sini, hari ini.

Terdahulu, pada kongres tersebut anggota gabungan sebulat suara melantik Lizawati Abu Bakar yang merupakan exco wanita pertama KAFA bagi menggantikan Nubli Ab Latif yang meninggal dunia pada 18 Ogos lepas.

FAM sebelum ini dalam satu kenyataan menerusi lawan sesawang rasminya menjelaskan pasukan Liga Super 2018 iaitu Kelantan FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana gagal menepati kriteria yang ditetapkan.

FAM, dalam kenyataan sama berkata bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Mengulas lanjut Bibi Ramjani berkata isu berkaitan lesen menjadi bebanan yang sukar oleh pihak KAFA walaupun mengakui ia perlu diselesaikan dengan segera.

“Mungkin lesen tidak diluluskan kerana tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap beberapa pemain.

“Kalau penyokong gusar, saya lebih daripada itu kerana ia melibatkan nasib pasukan dan kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias Khan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bibi Ramjani Letak Jawatan Presiden KAFA

18/06/2019
0

KOTA BHARU - Usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuatkuasa...

KAFA Tak Mahu Ulangi Kesilapan Lantik Jurulatih

28/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam melantik jurulatih untuk mengemudi skuad The...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd