• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik Tertembak Jet F-16 Berharga RM164 Juta

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera udara Belgium terbakar dan sebuah lagi berlubang akibat ditembak selepas seorang juruteknik dalam sebuah lagi pesawat sama secara tidak sengaja tertekan picu tembakan.

Mail Online melaporkan, jet pejuang berharga £35 juta (RM164 juta) meletup selepas ditembak dengan mesingan 20mm dalam F-16 yang mampu melepaskan 6,000 tembakan seminit.

Sebuah lagi pesawat F-16 juga rosak dan dipenuhi dengan kesan peluru dalam kejadian yang berlaku di pangkalan tentera udara di Florennes yang terletak kira-kira 96 kilometer dari selatan Brussels.

Tentera Udara Belgium dalam satu kenyataan berkata, pesawat berkenaan terbakar ketika kerja penyelenggaraan.

“Kami menjangkakan berlaku kesilapan manusia atau kesilapan teknikal,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, portal berita Sudinfo melaporkan, sebuah jet F-16 yang berada di landasan di pangkalan tentera udara ditembak secara tidak sengaja oleh sebuah lagi pesawat model yang sama.

Kata laporan itu, seorang juruteknik di dalam sebuah F-16 di hangar berhampiran menara kawalan secara tidak sengaja melepaskan tembakan.

Tembakan itu mengenai dua F-16 yang diletakkan di hadapan pesawat berkenaan menyebabkan sebuah jet itu meletup dan terbakar. – Agensi/myMetro Online

Tags: Belgiumjet pejuang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

21/01/2024
0

BRUSSELS - Belgium berikrar menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin...

Singapura Gerakkan 2 Jet Pejuang Kerana Helikopter Dari Malaysia

Singapura Gerakkan 2 Jet Pejuang Kerana Helikopter Dari Malaysia

09/08/2023
0

Pada jam 12.40 tengah hari tadi, pasukan Tentera Udara Republik Singapura telah mengerakkan dua jet pejuang mereka selepas sebuah helikopter...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd